Loading...

Bubur lambuk Pamoga [METROTV]

Loading...
Bubur lambuk Pamoga [METROTV] - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bubur lambuk Pamoga [METROTV], Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bubur lambuk Pamoga [METROTV]
link : Bubur lambuk Pamoga [METROTV]

Baca juga


Bubur lambuk Pamoga [METROTV]

BUBUR lambuk 'Pamoga' menjadi antara juadah istimewa pada Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2017 sempena Ramadan yang berlangsung di Masjid Jamek Baru Gopeng, Perak, hari ini.

Nama ‘Pamoga’ itu diberikan sempena tajaan Vida Beauty pada program TKHM yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Bubur berkenaan dimasak secara bergotong-royong oleh 50 ahli Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Parlimen Gopeng seawal 10 pagi sebelum diedarkan di Bazar Ramadan Gopeng, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Balai Polis Gopeng.

Pengerusi PITKM Parlimen Gopeng, Hamidah Fakir Mohd berkata, resipi bubur lambuk itu menggabungkan dua jenis bahan iaitu daging dan udang kering.

"Bahan lain sama saja namun rasanya lebih sedap kerana dua bahan digabungkan dan ini adalah resipi yang boleh menaikkan keenakan rasanya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi TKHM, Othman Mamat berkata, selain memasak bubur lambuk, seramai 201 anak yatim dan anak asnaf terpilih dibawa membeli-belah di Pasaraya Giant Kampar.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Dahikmah Kampung Sungai Itek, Sekolah Kebangsaan (SK) Gopeng, SK Jalan Ilmu Kopisan Baru Gopeng, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Idris Shah, SMK Seri Teja dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng.

Menurutnya, mereka dikumpulkan di masjid Jamek Baru Gopeng sebelum dibawa dengan menaiki bas ke Pasaraya Giant Kampar untuk memilih sendiri pakaian serta barangan raya.

“Bagi program esok pula, semua penerima sumbangan akan berbuka puasa di masjid ini dengan beberapa juadah istimewa. Antaranya, Sup Qu Puteh, gulai kerbau dan beberapa lagi jenis makanan yang lain.

"Kami berharap apa yang dilakukan menerusi TKHM ini dapat menceriakan mereka pada bulan mulia ini sekali gus menjadikan sambutan Hari Raya lebih bermakna," katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang juga penaja utama program itu.

Vida sempat meluangkan masa hampir 30 minit beramah mesra dengan anak yatim dan golongan asnaf.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sN388M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Bubur lambuk Pamoga [METROTV]

Itulah artikel Bubur lambuk Pamoga [METROTV] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bubur lambuk Pamoga [METROTV] dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bubur-lambuk-pamoga-metrotv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bubur lambuk Pamoga [METROTV]"

Catat Ulasan

Loading...