Loading...
Tajuk : Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica
link : Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica
Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica
KINGSTON, Jamaica: Usain Bolt mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setianya dalam larian perpisahan penuh emosi yang menyaksikan dia melakukan penampilan terakhir di tanah airnya di Stadium Nasional, di sini.
Dia bakal bersara selepas Kejohanan Dunia London pada Ogos ini.
Bolt berhasrat untuk terus memberikan persembahan terbaik apabila memenangi aksi 100 meter (m) di hadapan 30,000 penyokong yang menyaksikannya di trek sama pada kali pertama dia memulakan karier antarabangsanya pada 2002.
Pelari berusia 30 tahun itu memecut untuk mencatat 10.03 saat, jauh ketinggalan berbanding rekod dunia miliknya, namun catatan itu sudah cukup menewaskan pelari lain termasuk naib juara, Javaughn Minzie.
Selepas perlumbaan tamat, lelaki terpantas dunia itu melakukan larian sepusingan dan kemudian kembali ke trek serta lorong nombor lima di mana dia mencium garisan penamat sebelum menunjukkan gaya menjadi identitinya buat kali terakhir di negaranya itu.
Bolt memecut di hadapan lautan hijau dan kuning yang menunjukkan kebanggaan mereka dengan menari, melambaikan bendera dan meniup vuvuzela ketika bunga api turut memeriahkan suasana.
Memandangkan ini adalah larian 100m pertamanya pada tahun ini, Bolt menyatakan dia lebih mementingkan untuk memberikan persembahan terbaik di hadapan penyokong sendiri.
Pelari pecut Jamaica itu menyatakan dia mahu berterima kasih kepada penyokongnya berbanding memecahkan rekod dunia 9.58 saat dalam 100m dan 19.19 dalam acara 200 meter. -AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sb02eh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica
Itulah artikel Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bolt-buat-larian-perpisahan-100m-di.html
0 Response to "Bolt Buat Larian Perpisahan 100m Di Jamaica"
Catat Ulasan