Tajuk : BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat
link : BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat
BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat
TENOM – Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf dan menghormati setiap badan keagamaan yang ada di negara ini berlandaskan prinsip parti mahu memastikan pembangunan yang seimbang, adil dan telus kepada rakyat, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh.
Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan kesamarataan dalam pemberian peruntukan pembangunan tanpa mengira kaum dan fahaman agama.
“Ini adalah prinsip kita (BN)… prinsip BN yang memberikan pembangunan seimbang, adil dan telus kepada rakyat,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Dewan Terbuka dan Bekalan Air Paip Gravity di Kampung Batu Batu, dekat sini, semalam.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Gereja Katolik Keuskupan Keningau Bishop Datuk Cornelius Piong, Paderi Paroki St. Anthony Tenom Rev. David Mamat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap Simon Mamat serta pemimpin-pemimpin akar umbi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap.
Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata amalan hidup berbilang kepercayaan dengan harmoni adalah sesuatu yang unik di Sabah dan rakyat harus bersyukur dengan memastikan perpaduan dan keamanan dikecapi ketika ini terus dipertahankan.
“Setiap daripada kita tanpa mengira anutan agama mempunyai tugasan untuk memastikan kehidupan dan masa depan generasi sentiasa terjamin,” katanya dan turut mengajak rakyat di daerah itu untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan yang memerintah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVxS6B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat
Anda sedang baca artikel BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bn-iktiraf-hormati-badan-keagamaan.html
0 Response to "BN Iktiraf, Hormati Badan Keagamaan Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat"
Catat Ulasan