Loading...

Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia

Loading...
Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia
link : Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia

Baca juga


Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia


Akibat bertugas selama empat hari tanpa henti, seorang pakar bius meninggal dunia ketika bertugas di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

Jawapos melaporkan, Dr. Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada Selasa malam.

Stefanus dilaporkan bertugas kerana menggantikan rakan sekerja yang bercuti menyambut Aidilfitri dan dia bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.


Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.


Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.

Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.

Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Ada media tempatan Indonesia melaporkan Stefanus meninggal dunia akibat keletihan selepas bekerja dua hari berturut-turut namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia

Itulah artikel Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bertugas-4-hari-tanpa-henti-doktor-bius.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bertugas 4 Hari Tanpa Henti, Doktor Bius Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...