Loading...

Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’

Loading...
Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’
link : Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’

Baca juga


Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’


GEORGE TOWN – Beberapa pelanggan menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Lebuh Pantai, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan merempuh premis itu, lewat Isnin.

Dalam kejadian di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa itu, kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dikatakan cuba mengelak seorang pejalan kaki sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal.

Namun dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, usaha cubaan pemandu berusia 26 tahun itu menyebabkan dia pula hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam restoran nasi kandar yang agak popular berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kesan rempuhan dramatik tersebut juga seumpama gegaran akibat tembakan peluru besar.

Seorang saksi, Abdul Manaf Hashim ketika ditemui pemberita berkata, dia melihat kenderaan terbabit meluncur laju ke restoran terbabit sebelum melanggar beberapa buah meja makan serta kerusi di bahagian dalamnya.

“Ketika saya duduk dan minum di kedai (restoran nasi kandar) Kassim Mustafa, kami empat hingga lima orang duduk di tengah, tiba-tiba saya ternampak sebuah kereta berwarna hitam datang ke arah kedai, laju seperti peluru.


“Apabila kereta itu masuk terus ke dalam, kerusi dan meja turut terpelanting ke belakang. Belakang badan saya masih sakit lagi. Saya perlu jumpa doktor dan telah pun membuat laporan polis selepas insiden ini.

“Saya memang berasa amat terkejut dan tidak menyangka kereta itu boleh meluru begitu laju. Kata pemandu pula, dia hanya membawa dengan perlahan, dan mendakwa mustahil kereta itu bergerak laju,” kata Abdul Halim.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai, Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemalangan itu mendapati restoran tersebut berada dalam keadaan berselerak.

“Manakala kenderaan berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Kita dapati kereta Alza yang dibawa seorang lelaki telah merempuh di sebuah restoran tersebut dan kenderaan pun telah berada di dalam kedai.

“Pada masa itu kita mendapati ramai pelanggan berada di situ cuma terdapat satu mangsa yang cedera ringan terkena daripada kemalangan tersebut. Semasa bomba sampai di sana, didapati keadaan berselerak,” katanya.

Pihak olis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’

Itulah artikel Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bergegar-restoran-nasi-kandar-dirempuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bergegar Restoran Nasi Kandar Dirempuh ‘Peluru’"

Catat Ulasan

Loading...