Loading...
Tajuk : Bergaduh sebab hutang pil kuda
link : Bergaduh sebab hutang pil kuda
Bergaduh sebab hutang pil kuda
KOTA BHARU – Gara-gara bertengkar tentang masalah hutang pil kuda, seorang pemuda menerima 23 jahitan pada muka dan lengan selepas dilibas dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Bunut Payung, Banggol Kulim, Machang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, Muhamad Zaqwan Che Zainal, 21, cedera pada muka dan lengan diserang oleh seorang lelaki yang dikenali mangsa sebagai Abu Telekong.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, mangsa sedang berbual dengan seorang lelaki lain yang dikenali Pok Su sebelum didatangi suspek yang datang menaiki motosikal.
“Suspek kemudian berbual pula dengan mangsa dan telah menuduh mangsa mengambil wang hasil daripada jualan dadah pil kuda daripada seorang rakannya yang dikenali Mirul.
“Suspek yang tidak berpuas hati bertindak mengeluarkan sebilah pisau rambo dan cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat mengelak sebelum suspek melibas pisau tersebut terkena muka dan lengan mangsa,” katanya di sini semalam.-KosmoOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUOYTc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bergaduh sebab hutang pil kuda
Itulah artikel Bergaduh sebab hutang pil kuda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bergaduh sebab hutang pil kuda dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bergaduh-sebab-hutang-pil-kuda.html
0 Response to "Bergaduh sebab hutang pil kuda"
Catat Ulasan