Tajuk : Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan
link : Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan
Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan
KOTA KINABALU – Bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan, Ismail Che Ros, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menerima suapan bernilai hampir RM8,000, pada Ogos 2015.
Ismail, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Atas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima barang berharga tanpa balasan iaitu pakej penginapan dan golf di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, bernilai RM2,880.90, pada 5 hingga 7 Ogos 2015 daripada Teoh Hon Chun, seorang kontraktor pembinaan jalan.
Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada kontraktor itu pada 6 Ogos 2015 walaupun mengetahui syarikat milik Teoh mempunyai kaitan dengan tugas rasminya membabitkan projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Labuan.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 0448, Sutera Harbour Resort, antara 5 dan 7 Ogos, 2015.
Bagi setiap pertuduhan, Ismail didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozana Abdul Hadi manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Shah.
Terdahulu, Rozana menawarkan wang jaminan RM20,000 bagi pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserah kepada pihak mahkamah.
Namun Zahir memohon jaminan ditetapkan pada RM10,000 kerana anak guamnya, yang kini bertugas di Melaka, masih mempunyai tanggungan seorang anak serta terpaksa menanggung perbelanjaan ke Kota Kinabalu untuk sebutan semula kes.
Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Beliau turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh melapor diri sebulan sekali di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qP79p8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan
Anda sedang baca artikel Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bekas-pengarah-jkr-labuan-didakwa.html
0 Response to "Bekas Pengarah JKR Labuan Didakwa Terima Suapan"
Catat Ulasan