Loading...

Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan

Loading...
Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan
link : Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan

Baca juga


Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menyambut baik pelaksanaan cukai pelancongan mulai bulan depan, menyifatkan tindakan Sarawak menarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia sebagai terburu-buru.
Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak bakal mendapat manfaat lebih banyak daripada cukai yang dikenakan, oleh itu beliau berharap hasilnya akan digunakan dengan bijaksana.
“Tidak perlulah keluar, saya ingat itu adalah keputusan terburu-buru. Tidak perlulah sampai begitu, cukai itu akan beri manfaat besar kepada Sarawak.
“Kutipan itu banyak dari Semenanjung sebab kebanyakan hotel di Semenanjung. Sarawak itu hanya di bandar-bandar besar sahaja, tetapi faedah yang bakal diperoleh Sarawak cukup besar,” kata presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia kepada FMT, hari ini.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini mengumumkan negeri itu menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta, sehari selepas menteri pelancongan membidas seorang menteri negeri kerana mempersoalkan cukai pelancongan yang bakal berkuat kuasa 1 Julai ini.
“Kerajaan negeri menganggap penyertaan wakil dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranan dan fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini berkata, keputusan pelaksanaan cukai pelancongan itu ialah contoh Putrajaya mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa rundingan.
Datuk Seri Nazri Aziz yang marah dengan kenyataan itu meminta Karim menjaga mulut sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap Putrajaya dan menyifatkannya menteri “setahun jagung” yang tidak berpengalaman.
Pelaksanaan cukai pelancongan itu akan menyebabkan pelancong terpaksa membayar lebih untuk penginapan di hotel seluruh negara, iaitu RM20 bagi hotel 5 bintang, RM10 (hotel 4 bintang), RM5 (hotel 1 hingga 3 bintang) dan RM2.50 (hotel tiada bintang).
Cukai pelancongan itu tidak termasuk dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dan penginapan kampung tidak akan dikenakan cukai pelancongan.
Premis yang menyediakan penginapan kurang daripada 10 bilik serta diuruskan institusi agama, kerajaan dan badan berkanun untuk tujuan bukan komersial turut dikecualikan cukai itu.
April lalu, Nazri ketika berbahas di Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 berkata, cukai pelancongan itu boleh memberi kutipan RM654.62 juta jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%. #sumber


Thus Article Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan

Itulah artikel Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bekas-menteri-sarawak-terburu-buru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Menteri: Sarawak Terburu-Buru 'Menarik Diri' Dari Lembaga Pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...