Loading...
Tajuk : Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru
link : Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru
Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru
ALOR GAJAH, MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan meninggal dunia, dipercayai akibat tersedak susu, pagi semalam, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, ibu saudara bayi berkenaan berkata, anak saudaranya itu bukan meninggal dunia akibat tersedak susu. Sebaliknya, terkena jangkitan kuman pada paru-parunya.
"Minta maaf, berita ini tidak sahih. Anak saudara saya bukan meninggal dunia akibat tersedak susu, sebaliknya terkena jangkitan kuman pada paru-paru semenjak usia bayi lagi. Cuma dapat dikesan ketika dia berumur lima bulan.
"Bibir arwah tak birat pun. Saya yang pegang, saya yang tengok. Semalam post mortem sampai jam 1 pagi lebih. Kemudian doktor bedah bahagian tekak, tengok saliran ada susu ke apa-apa, tetapi tiada.
"Minta maaf, berita ini tidak sahih. Anak saudara saya bukan meninggal dunia akibat tersedak susu, sebaliknya terkena jangkitan kuman pada paru-paru semenjak usia bayi lagi. Cuma dapat dikesan ketika dia berumur lima bulan.
"Arwah dah selamat dikebumikan pagi tadi," katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bayi berkenaan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. Dalam laporan tersebut menyatakan, bayi itu didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya selepas terjaga dari tidur.
Si bapa melihat bibir anaknya birat, selain badannya terasa sejuk, terus menghubungi isterinya untuk pulang ke rumah sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Gambar rajah di bawah sekadar info, bagaimana insiden tersedak susu boleh dielakkan.
Bagi mengelakkan insiden tersedak susu berlaku terutamanya pada bayi, ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak menyusu dalam posisi yang betul dan elakkan bayi menyusu di waktu malam tanpa sebarang pengawasan ibu bapa.
Elak anak menyusu atau selepas menyusu dalam keadaan baring secara mengiring dan meniarap kerana ia boleh menyebabkan bayi tersedak susu. Sebaik-baiknya, baringkan badan bayi dengan cara yang ditunjukkan pada gambar. - The Reporter
Sumber Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slAuJ9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru
Itulah artikel Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bayi-5-bulan-meninggal-dunia-kerana.html
0 Response to "Bayi 5 bulan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru"
Catat Ulasan