Tajuk : Baju raya terakhir nenek
link : Baju raya terakhir nenek
Baju raya terakhir nenek
KEGEMBIRAAN warga emas membeli baju kurung bersama cucu perempuan sempena Aidilfitri bertukar pilu apabila dia meninggal dunia di pasar sehari Simpang Empat, Kangar, semalam.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa, Che Lebar Ahmad, 75, ke pasar sehari pada 8.30 pagi dihantar oleh anak sulungnya, Amim Bahari, 50, dari rumah mereka di Sanglang.
Amim berkata, ibunya sempat menghubunginya pada 10.15 pagi meminta menjemputnya pulang dan dia menunggu di kedai anak angkatnya yang menjual ikan segar di pasar itu kerana sudah selesai membeli barangan.
Menurutnya, sebaik tiba, seorang rakan yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memberitahu ibunya kepenatan dan sedang dirawat pembantu perubatan dari klinik berhampiran.
"Saya bergegas ke kedai terbabit sebelum mendapati dua pegawai perubatan sedang berusaha menyelamatkan emak.
"Menurut anak angkat emak, sebelum itu, emak ada meminta kebenaran tumpang duduk sebentar sementara menanti saya sampai kerana terlalu penat membeli barangan termasuk baju rayanya," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Sanglang, hari ini.
Sementara itu, cucunya, Nur Anis Zamilia Amim, 25, berkata, arwah neneknya sempat bergurau dengannya bersama adik lelaki pada malam sebelum kejadian dengan menjamah pulut mempelam ketika berbuka puasa.
"Tok berselera sekali ketika menjamah pulut mempelam harumanis ketika berbuka puasa malam kelmarin.
"Malah kami sempat bergurau sebelum berbuka bahawa adik ingin menghadiahkan harumanis kepadanya tanpa pengetahuan saya," katanya.
Nur Anis berkata, arwah turut membeli baju raya buatnya malah sebelum itu neneknya sering mengingatkannya beraya bersama ke rumah sanak saudara pada Aidilfitri nanti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVMDD9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Baju raya terakhir nenek
Anda sedang baca artikel Baju raya terakhir nenek dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/baju-raya-terakhir-nenek.html
0 Response to "Baju raya terakhir nenek"
Catat Ulasan