Loading...

B20 negara ikat Ponte Itauna

Loading...
B20 negara ikat Ponte Itauna - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk B20 negara ikat Ponte Itauna, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : B20 negara ikat Ponte Itauna
link : B20 negara ikat Ponte Itauna

Baca juga


B20 negara ikat Ponte Itauna



ARKIB : 23/07/2006
KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak bawah 20 negara mempamerkan aksi cemerlang sekalipun mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Ponte Itauna di Kejohanan Jogos do Taca BH de Futebol Junior 2006 di Brazil, kelmarin.

Kehadiran semula ketua pasukan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohd. Nasriq Baharom daripada penggantungan mengembalikan semula keyakinan dan kekuatan di benteng pertahanan bergandingan dengan Mohd. Fakri Saarani.

Buat Ponte Itauna agak menghampakan gagal meraih kemenangan ke atas skuad negara selepas mereka mencatat satu kemenangan, tewas dan seri daripada tiga perlawanan yang dilalui.

Skuad bimbingan K. Rajagopal masih mengekalkan corak memberikan tumpuan di pertahanan dan melakukan serangan mengejut.

Bagaimanapun, skuad negara membuat kejutan awal meledakkan jaringan pendahuluan pada minit ke-33 menerusi Badrol Bakhtiar menerusi sepakan sudut lencong yang terus menerjah pintu gol Itauna.

Sejurus jaringan tersebut, skuad negara terus memberikan tekanan kepada pihak lawan sambil gandingan Aidil dan Amini Mohd. Tabarani beraksi cemerlang mempertahankan benteng terakhir menamatkan aksi babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Ketiadaan Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Failee Mohd. Ghazali melihatkan skuad negara kehilangan rentak.

Empat minit babak kedua berlangsung menyaksikan Itauna berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Kedua-dua pasukan kemudiannya bermain lebih berhati-hati tanpa memberi sedikit ruang. Bagaimanapun, Malaysia kembali mendahului Itauna 2-1 pada minit ke-53.

Gol dihasilkan daripada hantaran sebelah kiri menerusi Mohd. Asraruddin dan hantaran satu dua dengan Manaf Mamat dimanfaatkan oleh Wan Mohd. Aliff untuk merembat kencang menggegar jaring lawan.

Skuad negara yang seakan-akan bakal meraih kemenangan pertama musnah akibat kealpaan di benteng pertahanan apabila Itauna berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-64.

Keputusan seri itu adalah yang kedua buat skuad bimbingan Rajagopal yang sebelum itu tewas 0-7 kepada Santos, 0-4 bertemu Flamengo dan mencatat keputusan seri 2-2 dengan America.

Skuad negara akan mengharungi perlawanan terakhir menentang Guarani FC di Stadium Divinopolis.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2s3Jm5i
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article B20 negara ikat Ponte Itauna

Itulah artikel B20 negara ikat Ponte Itauna Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel B20 negara ikat Ponte Itauna dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/b20-negara-ikat-ponte-itauna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "B20 negara ikat Ponte Itauna"

Catat Ulasan

Loading...