Loading...

B-23 lepas peluang tentang Tenario

Loading...
B-23 lepas peluang tentang Tenario - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk B-23 lepas peluang tentang Tenario, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : B-23 lepas peluang tentang Tenario
link : B-23 lepas peluang tentang Tenario

Baca juga


B-23 lepas peluang tentang Tenario



ARKIB : 29/07/2006
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun yang bakal menghadapi Sukan Asia Doha, Disember ini, melepaskan peluang pendedahan dengan bintang Piala Dunia Ecuador, Carlos Tenario apabila menarik diri daripada Piala Antarabangsa Bandar Raya Petaling Jaya, bulan depan.

Keputusan itu diumumkan oleh ketua jurulatihnya, Norizan Bakar selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Sri Lanka 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia dikatakan mengambil keputusan mengejut itu atas alasan kesukaran memperoleh pemain yang diperlukan bagi menghadapi kejohanan empat penjuru tersebut dari 8 hingga 14 Ogos ini di Stadium Petaling Jaya.

Piala Antarabangsa Bandar Raya Petaling Jaya bakal menyaksikan kemunculan kelab Qatar, Al Sadd yang memiliki Carlos Tenario - penjaring dua gol untuk Ecuador ketika menentang Poland dan Costa Rica dalam Piala Dunia di Jerman, baru-baru ini.

Dua lagi pasukan yang diundang memeriahkannya ialah kelab Liga Perdana, Shahzan Muda Pahang dan Balestier Khalsa dari Liga Singapura yang mengecewakan skuad Bawah 20 Tahun Malaysia dalam Piala Singapura, awal tahun ini.

Pestabola Merdeka

Norizan berkata, anak-anak buahnya hanya akan dikumpulkan semula pada 2 Ogos ini bagi membuat persediaan menghadapi Pestabola Merdeka di Stadium Shah Alam dari 23 hingga 29 Ogos.

“Saya akan mengadunkan pemain skuad ini dan beberapa lagi pemain senior,” katanya, merujuk persediaan ke kejohanan yang dihidupkan semula selepas terhenti sejak 2001 dan bakal disertai Thailand, Indonesia dan Myanmar itu.

Bagi Sukan Asia yang khusus bagi bawah 23 tahun, setiap pasukan masih boleh menggunakan tiga pemain senior dengan Malaysia dijangka menurunkan sama ada Indra Putra Mahyuddin, K. Nanthakumar, Norhafiz Zamani Misbah atau Khaironnisam Sahabuddin Hussain.

Khaironnisam turut menjaringkan gol ketika menewaskan Sri Lanka, Rabu lalu manakala Indra Putra semakin mendapat kepercayaan Norizan sejak kembali mewakili negara menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan timbal balik, Mei dan Jun lalu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2spLbZE
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article B-23 lepas peluang tentang Tenario

Itulah artikel B-23 lepas peluang tentang Tenario Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel B-23 lepas peluang tentang Tenario dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/b-23-lepas-peluang-tentang-tenario.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "B-23 lepas peluang tentang Tenario"

Catat Ulasan

Loading...