Loading...

” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…

Loading...
” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10… - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…
link : ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…

Baca juga


” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…

” Ayah. Adik nak baju raya Ultraman. Seluar adik nak Ben 10. Kasut adik nak kasut Spiderman yang ada lampu ya ayah.”

” Boleh dik. Tapi ayah kena cari duit dulu. Barang sekarang semua mahal. Malam ni adik kena teman ayah berniaga boleh? Mama kena kerja malam ni.”

” Okey ayah. Adik teman ayah malam ni. Tapi ayah janji pada adik belikan kasut Spiderman yang ada lampu untuk raya tau.”

” Baik adik. Ayah janji. Semoga rezeki ayah murah malam ini. Adik pun kena doakan agar tong ayah tak kena sita. Agar pihak berkuasa tak kacau kita berniaga.”

” Ya Allah. Semoga ayah aku dapat rezeki malam ini. Nanti ayah boleh beli kasut Spiderman yang ada lampu untuk aku raya nanti. Semoga mereka yang berkuasa memberi peluang pada kami untuk menikmati raya sepertimana keluarga lain. Amin.”

Dan si ayah, penuh sebak mendengar doa tulus dari anak kecil kesayangannya.


Ya tuan. Siapa tak sayang anak? Siapa?

Kami peniaga air pun sayangkan anak-anak. Sayangkan melebihi nyawa kami sendiri. Kami sebolehnya hendak memberi yang terbaik untuk anak kami.

Tapi kami bukan orang kaya tuan. Kami bukan mewah. Ini jalan kami mencari rezeki.

Saat anak tuan bermain gadjet dan menonton tv di rumah, anak kami membantu menghulurkan tin air pada pelanggan.

Saat anak tuan beradu enak dikamar tidur selesa dengan aircond, anak kami berpeluh tidur di dalam troli kecil kami.

Bukan kami tak sayang anak tuan. Kerana sayang anak isteri, kerana tanggungjawab sebagai suami kami gagahi segala cabaran. Demi sesuap nasi, demi kasih pada keluarga.


” Ayah. Mana baju Ultraman adik? Mana seluar Ben 10 adik? Mana kasut Spiderman adik?”

” Adik, baru 2-3 hari lepas duit ayah dah cukup untuk beli baju raya adik. Kasut Spiderman adik yang ada lampu itu. Tapi adik….

Tapi semalam tong dan troli ayah kena rampas. Duit untuk beli baju raya adik ayah terpaksa buat beli tong dan troli baru.

Sabar adik ya. Sabar. Ada berbaki 3-4 malam lagi untuk ayah berniaga. InsyaAllah ada rezeki adik. Dekat nak raya ramai pengunjung dik,” jelas si ayah sambil menahan sebak.

” Kesian ayah. Troli ayah kena rampas lagi ke? Ayah penat. Ayah letih. Kenapa mereka ambil troli ayah? Itu bukan hak mereka. Itukan troli ayah yang ayah beli sendiri?”

” Adik. Ayah meniaga secara haram dik. Permit keluar sikit. Tak sempat dapat kat kita. Tak apa la dik. Mereka ada kuasa. Kita berserah pada Allah sahaja.”

” Kesian ayah. Tak apa ayah. Malam ini adik tolong ayah lagi jual air ya! Malam ini adik tak tidur dah macam semalam. Adik nak jual air ayah banyak-banyak. Biar ayah ada duit nak bagi mama. Nak belikan adik kasut Spiderman yang ada lampu.

Ayah jangan risau. Adik kuat. Adik boleh tolong ayah.”

Dan kolam air mata si ayah mula bergenang.


Ini bukan gambar hiasan tuan-tuan. Ini gambar benar yang baru diambil minggu lepas. Ya gambar benih Anak-Anak Lorong yang kental menemani ayah mencari sejemput rezeki.

Dan hari ini. Dan malam ini, ayah adik ini digempur lagi. Tong mereka disita lagi. Allahu Allah. Allahu Allah.

Aku tidak lagi mampu menulis kisah mereka. Mata aku pun berkaca saat ini.

Tolonglah bagi sahabat-sahabat aku peniaga air di Jalan TAR berniaga dengan tenang. 3 malam sahaja lagi menjelang raya.

Beri peluang anak Melayu kita berniaga cari sesuap rezeki demi anak dan isteri. 🙁

Tolonglah.

Ditulis oleh Mohd Fadli Salleh


#Anak2Lorong786

Ketika kita berasa diri kita tidak cukup.
Lihat lah disekeliling.
Masih ramai lagi susah dari kita.
Peringatan untuk diri sendiri.
Muhasabah diri. Bersyukur dengan apa yang kita ada….

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPYEeq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…

Itulah artikel ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ayah-adik-nak-baju-raya-ultraman-seluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "” Ayah. Adik Nak Baju Raya Ultraman. Seluar Adik Nak Ben 10…"

Catat Ulasan

Loading...