Loading...

Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!

Loading...
Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!
link : Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!

Baca juga


Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!

SEJAK tiga dekad lalu, Sri Lanka menjadi perhatian dunia kerana krisis berpanjangan antara gerila Tamil Eelam dan Tentera Kerajaan. Isu perang sivil berikutan tindakan pejuang minoriti Hindu menuntut wilayah pentadbiran autonomi.

Krisis ini membabitkan ratusan siri pertempuran bersenjata, berpanjangan sejak 1983 dan dianggarkan 100 ribu orang maut.

Namun kini, Sri Lanka mencetuskan perhatian dunia berikutan insiden pembakaran masjid dan premis perniagaan milik penduduk Islam. Insiden ini dibimbangi berlarutan dan mencetuskan krisis tekanan keganasan terhadap minoriti Islam.

Minoriti Islam adalah populasi ketiga terbesar dengan mewakili 10 peratus penduduk Sri Lanka. Majoriti rakyat Sri Lanka ialah Buddha dengan 70 peratus, manakala Kristian sekitar tujuh peratus.

Keseluruhan populasi Sri Lanka ialah 21 juta orang.

Di Colombo semalam, pihak berkuasa Sri Lanka menahan seorang anggota polis dan seorang sami Buddha yang dituduh mengetuai kumpulan pelampau membakar masjid dan kedai buku milik penduduk Islam di sini.

Timbalan Ketua Polis, Priyantha Jayakody berkata, rakaman kamera menunjukkan suspek bersama dua orang lagi membakar beberapa bangunan di Panadura pinggir ibu kota.

“Mereka ditahan selepas rakaman CCTV menunjukkan mereka sedang membakar masjid dan sebuah kedai buku milik seorang penduduk Muslim di Panadura bulan lalu,” kata Jayakody kepada pemberita di sini.

Menurutnya, konstabel polis itu dituduh mencetuskan ketegangan kaum dan agama dan penangkapannya adalah usaha membendung keganasan di negara ini.

Keempat-empat tertuduh adalah rakan rapat Galagodaatte Gnanasara, pertubuhan yang dianggotai pelampau Buddha yang mengetuai kumpulan radikal dan terbabit dalam serangan membakar premis perniagaan Islam, tanah perkuburan dan masjid.

Tragedi di Sri Lanka mengingatkan umat Islam mengenai krisis di Arakan, Myanmar. Pada 2012, satu serangan extrimis Buddha mengorban 10 penduduk Islam dan akhirnya mencetuskan krisis penghapusan etnik.

Penduduk Islam di Arakan diserang dan dihalau keluar dari wilayah yang didiami sejak 1766.

Melalui Perlembagaan 1984, hanya 130 suku diterima sebagai warganegara. Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf suku Rohingya sebagai rakyat negara itu. Selain itu dilarang menyertai pilihanraya.

Sejak krisis lima tahun lalu, 800 ribu penduduk Islam meninggalkan Arakan dan berlindung di kem-kem sementara. Lebih setengah juta menyeberang masuk ke Thailand dan 100 ribu dilaporkan berada di sempadan Bangladesh.

Hingga kini, walaupun ribuan umat Islam mati dibunuh dan kehilangan tempat tinggal, Kerajaan Myanmar menafikan kejadian ini sebagai jenayah penghapusan etnik.

Media antarabangsa mendedahkan, berdasarkan maklukat pelarian Rohingya, Tentera Myanmar dan penduduk Buddha separa tentera bertindak membakar rumah, merogol wanita dan membunuh penduduk Islam.

Menurut PBB, lebih 1000 penduduk Islam dibunuh sejak krisis bermula lima tahun lalu.

Pada Disember 2016, Malaysia memulakan langkah mengkritik sikap Myanmar yang dilihat tidak bertindak menghalang krisis pembunuhan etnik ini.

Hingga kini, Myanmar juga menolak campur tangan PBB dengan tidak membenarkan pasukan peninjau kemanusiaan PBB memasuki wilayah bergolak bagi tujuan penyiasatan dan akses maklumat.

Setakat Disember 2016, lebih 160 ribu penduduk Rohingya menjadi pelarian di Malaysia.

Semoga Ramadan ini tidak mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia berikutan kejadian di Colombo dan kita berharap kerajaan Sri Lanka segera membendung keganasan terhadap umat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLtu6D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!

Itulah artikel Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/awas-sri-lanka-bakal-jadi-rohingya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Awas! Sri Lanka Bakal Jadi Rohingya!"

Catat Ulasan

Loading...