Loading...

Anwar, kembalilah kepada UMNO

Loading...
Anwar, kembalilah kepada UMNO - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar, kembalilah kepada UMNO, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar, kembalilah kepada UMNO
link : Anwar, kembalilah kepada UMNO

Baca juga


Anwar, kembalilah kepada UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya kembali kepada UMNO demi perpaduan orang Melayu yang akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, dahulu Anwar dikeluarkan daripada UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Presiden parti dan sekarang dengan ketiadaan bekas Perdana Menteri itu dalam UMNO, maka ini adalah waktu yang tepat untuk Anwar kembali.

Menurutnya, jika Anwar ‘terikat’ de­ngan parti yang di­sertainya sekarang, masih tidak salah untuk beliau bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Ini nasihat untuk kawan lama saya (Anwar). Saya lihat Melayu kini berpecah. Lupakan mengenai masa lalu. Melayu akan me­nerima manfaat daripada kerjasama ini.

“Saya hanya memikirkan mengenai perpaduan dalam masyarakat Melayu dan bukan­nya berkaitan pilihan raya. Apabila mereka bersatu ini akan memberi kebaikan kepada semua.

“Ini hanya pandangan saya sahaja. Saya tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk melakukan kerjasama itu, namun saya sanggup menjadi orang tengah antara Anwar dan UMNO bagi memastikan kerjasama ini menjadi nyata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakaruppan berharap agar kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Anwar dapat mengambil kira cadangan beliau itu dengan sebaik-baiknya supaya ia dapat direa­lisasikan secepat mungkin.

Beliau percaya tiada masalah untuk Anwar kembali bekerjasama dengan UMNO dan BN kerana beliau dahulu pernah menjadi pemimpin dalam parti itu.

Bagi pihak pemimpin UMNO pula katanya, mereka perlu mengambil kira cadangan itu untuk penyatuan Melayu kerana jika Melayu bersatu tiada siapa yang dapat menggoyahkan negara.

“Bila Anwar kembali, beliau boleh me­lakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan UMNO. Saya tidak mahu mereka (Me­layu) berpecah,” katanya

Menurutnya, Anwar baru-baru ini memberitahu bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan diketuai DAP memenangi pilihanraya umum, justeru adakah Penasihat PKR itu sanggup bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang jelas mahukan jawatan itu.

Kata Nallakaruppan, Anwar sepatutnya tahu sikap Dr. Mahathir dan jika beliau seorang yang bijak Anwar tidak sepatutnya bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu terutama selepas apa yang dilakukan terhadapnya dahulu.

“Orang hanya melihat pada satu sudut sahaja (cadangan ini) iaitu pembangkang bekerjasama dengan kerajaan, tetapi saya berfikiran lain. Melayu adalah majoriti dalam negara dan perlu bersatu. Jika mereka berminat mereka boleh beritahu dan saya sanggup membantu,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Online

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQCcFE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Anwar, kembalilah kepada UMNO

Itulah artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar, kembalilah kepada UMNO dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/anwar-kembalilah-kepada-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar, kembalilah kepada UMNO"

Catat Ulasan

Loading...