Loading...

Anwar Ibrahim mohon dibebaskan

Loading...
Anwar Ibrahim mohon dibebaskan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar Ibrahim mohon dibebaskan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar Ibrahim mohon dibebaskan
link : Anwar Ibrahim mohon dibebaskan

Baca juga


Anwar Ibrahim mohon dibebaskan

 Anwar Ibrahim mohon dibebaskan
Anwar selaku plaintif memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya N. Surendran hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memfailkan permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan liwat.

Kali ini beliau mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil susulan pendakwaan dikendalikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Anwar selaku plaintif memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya N. Surendran hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Melalui saman itu, Anwar mendakwa perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh pendakwa raya yang bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara dan pendakwa raya.

Dakwanya, peguam tersebut iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengendalikan kes dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah dengan prinsip amalan pendakwaan.

Menurutnya beliau baharu mendapat tahu bahawa Muhammad Shafee dibayar RM9.5 juta oleh Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan peguam tersebut bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai kepentingan kewangan secara langsung.

"Sebagai orang yang dituduh, saya berhak mendapat perbicaraan yang adil di semua peringkat proses penghakiman termasuk pendakwaan oleh peguam yang bebas dan tidak terpengaruh oleh pihak ketiga melalui dorongan berbentuk kewangan," katanya.

Tambahnya, kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri semasa di parlimen bahawa Muhammad Shafee dibayar RM1000 bagi mengendalikan pendakwaan tidak tepat, kerana hakikatnya dibayar sebanyak RM9.5 juta melalui dua peringkat.

Sehubungan itu, Anwar menuntut deklarasi bahawa sabitan oleh Mahkamah Rayuan atas pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertarikh 7 Mac 2014 dan perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015 yang mengesahkan perintah mahkamah rayuan  adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0NS4B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Anwar Ibrahim mohon dibebaskan

Itulah artikel Anwar Ibrahim mohon dibebaskan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar Ibrahim mohon dibebaskan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/anwar-ibrahim-mohon-dibebaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Ibrahim mohon dibebaskan"

Catat Ulasan

Loading...