Loading...

Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan

Loading...
Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan
link : Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan

Baca juga


Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan

KUALA LUMPUR – Anjung Singgah bersedia menjadi pusat menyalurkan makanan kepada gelandangan bagi mengelakkan lambakan lebihan makanan dan pembaziran, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau mengalu-alukan perkara itu kerana ia dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) menyumbang dan mengagihkan bantuan makanan kepada gelandangan dengan lebih teratur.

“Bagi kami kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan kerana kita mempunyai fasiliti yang sempurna dan teratur. Kalau DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) ingin gunakan Anjung Singgah ini sebagai satu di antara ‘tumpuan utama’ untuk agihkan makanan, ia tidak menjadi masalah.

Elok kita adakan banyak pusat selain di Masjid Negara, di Anjung Singgah dan pusat transit yang lain. Kita boleh bantu agihkan ke pusat-pusat lain dan NGO juga boleh datang ke sini untuk menyalurkan bantuan,” katanya pada Majlis Sinar Kasih Ramadan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL Datuk Ibrahim Yusoff dilaporkan meminta NGO yang mahu menyalurkan makanan kepada gelandangan agar melaksanakannya di tempat yang sesuai dan teratur menerusi Anjung Singgah dan di tiga pusat transit sekitar ibu negara bagi mengelakkan lambakan lebihan makanan dan pembaziran.

Terdahulu, Shahrizat, yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, menyampaikan juadah berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri kepada 500 gelandangan sekitar Lembah Klang hasil kerjasama YKN dan SME Bank.

Shahrizat berkata Anjung Singgah kelolaan YKN kini bukan sahaja sebuah penempatan sementara gelandangan malah menjadi pusat intervensi bagi golongan itu mengubah kehidupan mereka.

“Perkhidmatan Anjung Singgah YKN telah menjadi sebuah pusat perkhidmatan sosial yang mewajibkan gelandangan melalui proses intervensi dan sesi kaunseling bagi mengenal pasti keperluan gelandangan serta mencari penyelesaian terbaik untuk memberi kehidupan baru agar golongan ini diintegrasi semula ke dalam masyarakat atau komuniti,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2011, sejumlah 3,506 sesi kaunseling diberikan kepada 4,410 gelandangan yang berdaftar di lima pusat Anjung Singgah seluruh negara setakat ini. Daripada jumlah itu, 3,234 penghuni telah berjaya mendapatkan pekerjaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMrikk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan

Itulah artikel Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/anjung-singgah-bantu-ngo-jadi-pusat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anjung Singgah Bantu NGO Jadi Pusat Agihan Makanan"

Catat Ulasan

Loading...