Loading...

‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’

Loading...
‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’
link : ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’

Baca juga


‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’

Cadangan untuk mengharamkan hidangan alkohol dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) bukanlah perkara baru dan telah lama mendapat gesaan daripada orang awam, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata perkara itu di luar kawalan kementeriannya, sebaliknya berada di bawah bidang kuasa kementerian pengangkutan.

“Jadi, saya kira kementerian pengangkutan kenalah juga mengambil kira saranan, pandangan daripada orang ramai,” kata Mas Ermieyati kepada pemberita selepas program Iftar@KL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Pemuda PAS awal bulan ini menggesa MAS tidak lagi menghidangkan alkohol selepas insiden penumpang dipercayai mabuk dalam penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik.

Naib ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menggesa syarikat itu menghentikan serta-merta hidangan arak yang disifatkan boleh memberikan ancaman terhadap keselamatan penerbangan.

Bagaimanapun polis Australia dalam satu kenyataannya berkata lelaki rakyat Sri Lanka yang mencetuskan kekecohan dalam pesawat itu sebenarnya mengalami masalah mental.

Terdahulu Mas Ermieyati bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meluangkan masa merasai pengalaman berbuka puasa di Dataran Merdeka bersama-sama warga kota menerusi program Iftar@KL hari ini.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di perkarangan Dataran Merdeka sekitar pukul 6.45 petang dan sejurus itu melakukan lawatan di trak-trak makanan serta pelbagai gerai yang dibuka setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bukan Ramadan ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana menteri yang segak berbaju Melayu berwarna merah hati, bersama-sama Rosmah yang berjubah hitam kemudiannya menyertai bacaan tadarus al-Quran bersama kira-kira 500 pelajar Maahad Tahfiz sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Lebih menarik apabila Najib dan isteri turut duduk bersila di atas tikar bersama-sama orang ramai serta menikmati juadah berbuka di dalam pek makanan.

Selesai berbuka puasa, Najib menyertai orang ramai menunaikan sembahyang Mahgrib secara berjemaah di padang Dataran Merdeka.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOyeIS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’

Itulah artikel ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ambil-kira-saranan-henti-hidangan-arak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘AMBIL KIRA SARANAN HENTI HIDANGAN ARAK DALAM MAS’"

Catat Ulasan

Loading...