Loading...

Amaran Norizan kepada pemain

Loading...
Amaran Norizan kepada pemain - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amaran Norizan kepada pemain, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amaran Norizan kepada pemain
link : Amaran Norizan kepada pemain

Baca juga


Amaran Norizan kepada pemain



ARKIB : 02/10/2005

KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun kebangsaan yang baru dilantik, Norizan Bakar menegaskan, para pelatih yang dipanggil untuk menjalani latihan pasukan kebangsaan tidak perlu menyarung jersi negara jika mereka tidak berminat.

Norizan yang menggantikan bekas jurulatih kebangsaan dari Hungary, Bertalan Bicskei berkata, berikutan kesuntukan masa menjelang Sukan SEA di Filipina bulan depan, adalah penting untuknya menyenaraikan pelatih yang benar-benar berminat beraksi untuk negara.

``Sebagai menghormati jurulatih sebelum ini (Bicskei), senarai pelatih yang saya beri kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah mereka yang saya rasakan berupaya memberi sumbangan untuk pasukan kebangsaan.

``Bagaimanapun jika pemain merasakan mereka tidak berminat beraksi untuk Malaysia, saya akan mencari pemain lain yang benar-benar berminat.

``Terdapat perkara positif selepas perlawanan terakhir mereka (menentang pasukan Pilihan Melaka) tetapi saya perlu memikirkannya semula kerana terdapat sesetengah pemain yang berehat agak lama,'' kata Norizan yang secara rasmi memulakan tugas, kelmarin.

Antara pemain yang digugurkan daripada senarai pasukan Bawah 23 Tahun kebangsaan termasuk penyerang Mohd. Haris Safwan Kamal (Selangor), Mohd. Safee Sali (Kuala Lumpur) dan Ahmad Fauzi Saari (Kedah) yang mengalami kecederaan.

Sebaliknya, Norizan memanggil pemain muda berbakat dari Terengganu Mohd. Nor Farhan Mohamad juga tiga pemain pasukan Telekom Melaka iaitu Badrul Azam Zamri, Munir Amran dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.

``Pada tahap ini saya mahu mengenali pemain dan juga tahap kecergasan mereka,'' kata Norizan yang pasukannya akan berlepas ke Dubai pada 7 Oktober ini.

Senarai pelatih:

Mohd. Fadzli Saari, Muhd. Zulkifli Mohd Yusoff (Pahang); Mohd. Remezey Che Ros (PDRM); Amir Shahreen Mubin (Public Bank); Azi Shahril Azmi (Perlis); Mohd. Nor Ismail, V. Thirumurugan, Harizul Izwan Abdul Rani, Ahmad Azlan Zainal, R. Surendran (Perak); Mat Saiful Mohamad (Pulau Pinang); Ronny Harun, Sumardi Hajalan (Sabah); Mohd. Badrul Azam Mohd. Zamri, Mohd. Munir Amran, Tengku Hasbullah Raja Hassan (Melaka Telekom); Zairo Anuar Zalani, Mohd. Nor Farhan Muhammad (Terengganu); S. Sathiakumaran (Jenderata); Mohd. Al Hafiz Hamzah (Kedah); Saiful Amar Sudar (Kuala Lumpur); Azlan Ismail (Kelantan); K. Linggam (Melaka); Mohd. Aslam Najamuddin (MPPJ); Mohd. Rudie Ramli (PKNS).

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rAqlrP
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Amaran Norizan kepada pemain

Itulah artikel Amaran Norizan kepada pemain Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amaran Norizan kepada pemain dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/amaran-norizan-kepada-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amaran Norizan kepada pemain"

Catat Ulasan

Loading...