Loading...

Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah

Loading...
Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah
link : Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah

Baca juga


Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah



KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan bertugas di sepanjang perayaan Aidilfitri, yang menjelang tidak lama lagi, bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jumlah penugasan berkenaan ditingkatkan berbanding tempoh tahun lepas bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman kumpulan militan Daesh di negara ini ketika musim perayaan.

Beliau berkata dalam pada itu, 8,000 pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti bagi mengawal lalu lintas pada Aidilfitri nanti.

"Selain itu, jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas di perbatasan negara ketika perayaan juga dipertingkatkan dan diperketatkan kawalannya.

"Polis sentiasa bersiap-siaga dengan pelbagai ancaman terutamanya Daesh dan mana-mana kumpulan pengganas daripada menceroboh masuk sempadan negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya Polis Diraja Malaysia 2017 di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini.

Mengenai perkembangan siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, disyaki akibat didera pada 1 Jun lepas, Khalid berkata kes berkenaan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan kes itu masih berjalan dan kami masih belum selesai mengambil beberapa keterangan suspek serta saksi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan kes ini.

"Sebarang perkembangan terbaru mengenai kes itu kami akan maklumkan dari semasa ke semasa jadi tunggulah," katanya menurut Bernama.

Terdahulu, Khalid menyerahkan 3,864 bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada warga PDRM yang akan bertugas pada Aidilfitri nanti.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan skim cepat kaya yang menawarkan pelaburan yang tinggi sempena musim perayaan Aidilfitri.

"Saya nasihatkan rakyat Malaysia kalau buat sesuatu pelaburan yang memberi pulangan lebih daripada 15 peratus atau 20 peratus setahun diharap berwaspada dan menyemak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara bagi mendapatkan kesahihan.

"Tidak ada pelaburan yang boleh beri keuntungan lebih daripada jumlah itu dan jangan menyesal apabila sudah ''terkena'' baru hendak buat laporan polis. - mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbIkD4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah

Itulah artikel Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/aidilfitri-40000-anggota-polis-dikerah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aidilfitri: 40,000 Anggota Polis Dikerah"

Catat Ulasan

Loading...