Loading...

Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat

Loading...
Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat
link : Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat

Baca juga


Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat


KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang dan menghalau Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika mengedarkan kurma di sebuah bazar Ramadan di Kluang, Johor tidak sepatutnya berlaku.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, walaupun Chin Tong bukan beragama Islam, beliau tidak sepatutnya dihalang untuk mengedarkan kurma kepada masyarakat Islam apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat.

“Beliau adalah seorang ahli parlimen yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya tanpa mengira kaum dan agama.


“Dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik,” katanya.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Islam sendiri tidak mengajar umatnya untuk bertindak kasar walau kepada sesiapa pun.

“Setiap orang Islam sepatutnya menampilkan akhlak yang sebenar dan Islam menuntut umatnya supaya bersikap ramah atau mengasihi sesiapa sahaja.

“Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video yang memaparkan Chin Tong dan rakan-rakannya diserang oleh sekumpulan lelaki ketika mengagihkan kurma untuk berbuka puasa.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah bazar Ramadan dalam Parlimen Kluang.

Susulan daripada kejadian itu, dua lelaki telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat

Itulah artikel Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ahli-parlimen-tak-patut-dihalang_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli Parlimen Tak Patut Dihalang Bertemu Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...