Loading...
Tajuk : 'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri
link : 'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri
'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri
MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad nama kepada isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.
Beliau berkata kementeriannya melarang penerbitan sebarang jenis kad nama kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.
“Dia bukan kakitangan kementerian, itu palsu. Ada orang luar yang cuba kenakan saya,” kata Nazri yang dipetik portal The Star Online.
Rabu lalu, sekeping gambar yang memaparkan kad nama ‘Datin Seri Haflin S’ menjadi tular di media sosial.
Jawatan yang dipaparkan pada kad itu adalah “Isteri – Menteri Pelancongan Kebudayaan Malaysia”.
Turut tertera adalah alamat lengkap pejabat menteri di Putrajaya bersama nombor telefon dan emel bekas personaliti televisyen itu.
Sementara itu, laman Facebook popular Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut memuatnaik gambar itu, dan setakat ini sudah dikongsi 211 pengguna lain. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article 'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri
Itulah artikel 'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ada-orang-luar-cuba-kenakan-saya-nazri_38.html
0 Response to "'Ada Orang Luar Cuba Kenakan Saya' – Nazri"
Catat Ulasan