Loading...

7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

Loading...
7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.
link : 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

Baca juga


7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.


Sudah lebih dua minggu kita umat Islam menyambut Ramadhan Mubarak. Hari Raya sudah tidak lama lagi kan.
Mungkin minggu depan sudah ada yang bercuti panjang dan balik ke kampung halaman?

Dibulan puasa ni, memandu dengan perut yang sedang lapar, ditambah dengan cuaca yang agak panas akhir-akhir ni. Aduhai.... mengantuknya mata. Macam batu yang menekan kelopak mata.
Tidur lewat untuk mengemas beg, kemudian bangun seawal 4 pagi untuk persiapan sahur pula. Pastilah mata rasa mengantuk apabila menempuh perjalanan jauh yang ditambah dengan kenderaan bersesak-sesakan dijalanraya.


Sudah tentu sangat berbahaya jika kita memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk. Bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga berbahaya kepada orang dipersekitaran kita.

Jom baca beberapa tips untuk memastikan badan tetap segar semasa memandu:

1. Pastikan tubuh anda dalam keadaan segar sebelum berangkat. 
Lakukan apa yang sepatutnya dilakukan, seperti mandi atau mencuci muka sebelum berangkat. Tapi jika merasa mengantuk di pertengahan perjalanan, cuba berhenti di mana-mana hentian untuk menyegarkan muka dengan air,
Selain itu, anda juga boleh lakukan pemanasan semasa berhenti di hentian rehat. Bukan sahaja dapat menyegarkan badan, tapi juga untuk membantu meningkatkan perjalanan darah otot-otot badan yang sudah tegang dan penat.


2. Isi perut anda! 
Makan dan minumlah secukupnya semasa bersahur untuk mengelakkan kelaparan semasa dalam perjalanan. Tapi janganlah makan secara sorok-sorok didalam kereta di bulan puasa ni ye!!
Jika anda memandu malam, anda boleh sediakan jajan, keropok, kekacang, atau kudapan ringan untuk mengelakkan kelaparan serta membantu mata tetap segar semasa memandu.

3. Jangan biarkan diri mengelamun panjang, 
kerana ia menunjukkan anda sudah hilang fokus. Hilang fokus bahaya untuk perjalanan anda! Kekalkan fokus pada perjalanan, jalan raya, persekitaran, dan segala kenderaan yang sedang di atas jalan bersama anda.

4. Tengok dan rasai tahap aircond yang anda pasang. 
Jangan terlalu kuat atau sejuk sehingga mengganggu pernafasan. Kerana ia juga mungkin mencetuskan rasa mengantuk semasa memandu.


5. Pasang radio dengan volum yang lebih sedikit kuat dari kebiasaannya.
Pasanglah lagu-lagu rancak atau lagu raya yang akan membantu mata anda segar sepanjang jalan. Ataupun pasang sahaja mp3 alunan Al-Quran dan turut sama mengaji dan menghayati bacaan Al-Quran, pasti anda anda maintain segar sepanjang jalan.

6. Kopi.
Jika memandu di waktu malam, anda boleh bekalkan dengan minuman, terutamanya air kopi. Bagi sesetengah orang, kopi sangat membantu dalam mengelakkan rasa mengantuk. Tapi jika bagi yang mengetahui kopi itu  tidak membantu, maka bekalkan lah dengan minuman kegemaran anda yang anda dapat hayati sepanjang perjalanan :)

7. Berhenti di R&R.
 Jika anda langsung tidak dapat menahan rasa mengantuk dengan tip-tip di atas, silalah berhenti di mana-mana hentian rawat dan rehat terdekat, dan tidurlah sekejap sekitar 15 minit. Kemudian, bangun dan cuci muka serta dapatkan segelas minuman.
Sekarang anda boleh menyambung perjalanan anda ")

Semoga perjalanan kita semua selamat, selamat pergi dan selamat kembali!!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rk9k4a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri.

Itulah artikel 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/7-petua-hilangkan-mengantuk-semasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "7 Petua Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu Balik Kampung Seorang Diri."

Catat Ulasan

Loading...