Tajuk : 6 disahkan maut
link : 6 disahkan maut
6 disahkan maut
6 disahkan maut |enam maut manakala sembilan lagi parah selepas sebuah van membawa sekumpulan pelajar tahfiz terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu, di sini hari ini.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi ini dan lima mangsa berkenaan maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam van yang terbalik.
Sementara itu, sembilan lagi mangsa yang cedera parah berjaya dikeluarkan dari van terbabit dengan bantuan orang awam.
Jurucakap bomba ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, operasi menyelamatkan mangsa digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai serta Machang dengan bantuan 12 anggota.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van dinaiki 14 pelajar tahfiz dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu.
Katanya, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian van berkenaan terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.
Senarai pelajar yang meninggal dunia:
1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
2. Muhamad Rahman Rozali,17
3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14
5. Sarifuddin Muhammad, 14
6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14
Rumah bergegar’
RUMAH saya bergegar seperti mahu runtuh selepas van merempuh hadapan rumah,” kata pemilik rumah Azrin Hassan, 41, di Kampung Telekong, Kuala Krai.
Azrin berkata, ketika kejadian dia sedang berehat bersama keluarganya di ruang tamu rumah.
Katanya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di hadapan rumah sebelum rumahnya bergegar.
“Kami keluar terkejut melihat van dalam keadaan terbalik di hadapan rumah.
“Saya terus bergegas ke hadapan rumah dan terkejut melihat lebih 10 remaja berada di dalam van berkenaan.
“Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa, sebelum orang awam datang membantu mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
The post 6 disahkan maut appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ripC07
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 6 disahkan maut
Anda sedang baca artikel 6 disahkan maut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/6-disahkan-maut.html
0 Response to "6 disahkan maut"
Catat Ulasan