Loading...

4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Loading...
4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak
link : 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Baca juga


4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak


EMPAT beranak maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak di Kampung Baru berhampiran Simpang Kampung Daar, dekat Tambunan, Keningau, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa, Simon Sadi, 29, dan tiga anaknya, Aaron, 6; Selvy, 4; serta anak bongsunya berumur dua tahun maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Suzana Damiaus, 25, cedera parah.

Difahamkan, lima beranak yang dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke pekan Tambunan dikatakan tidak memakai topi keleder ketika kejadian.

Lima beranak itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri kematian membabitkan ahli keluarga mereka.


Media tempatan melaporkan, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ahmad Jawila berkata, siasatan mendapati mangsa yang dipercayai menunggang laju gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori kargo yang rosak di tepi jalan.

“Ketika kejadian kesemua mangsa tidak memakai topi keledar dan penunggang motosikal itu juga disyaki menunggang dalam keadaan laju berdasarkan impak perlanggaran yang kuat.

“Akibat rempuhan itu empat sekeluarga maut di tempat kejadian, manakala isteri mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut,”katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang kerana gagal mengawal motosikal hingga merempuh belakang lori yang rosak di bahu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak

Itulah artikel 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/4-beranak-maut-langgar-belakang-lori.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "4 Beranak Maut Langgar Belakang Lori Rosak"

Catat Ulasan

Loading...