Loading...

25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.

Loading...
25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.
link : 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.

Baca juga


25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.

25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua orang  tahu apakah itu cuka kan. Ada orang yang menggunakan cuka dalam setiap masakannya sebagai penambah rasa. Untuk pengetahuan korang, cuka merupakan adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air. Manakala, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik. (Sumber SINI

Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan cikla ni tau. Mungkin ada yang korang dah tau, dan mungkin ada sesetengahnya yang korang tak tau dan baru tau. Jom baca 25 kebaikan yang boleh kita perolehi dari pada cuka ni. Teruskan membaca sampai habis tau....

25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.


25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.
25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. Sumber Google. 

  1. Cuka boleh menyelesaikan masalah singki dan tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kaput. Caranya senang je, just sental kawasan  yang bermasalah tu dengan menggunakan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
  2. Dengan cuka, ia mampu membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula, iaitu dengan cara mengenap meja tersebut dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat. 
  3. Cuka juga boleh membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai, dengan menuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarlah selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
  4. Bau yang kurang enak pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah boleh dinyahkan dengan cuka, iaitu dengan cara menuangkan sehingga rata ½ cawan  serbuk baking soda dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit, sebelum dibilas dengan air panas.
  5. Jangan tak percaya ye, cuka jugak berupaya 'mencuci' oven microwave korang. Caranya mudah je, hanya mencampurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave tu. Kemudian, biarkan campuran yang dalam microwave oven tu sampai mendidih selama beberapa ketika. Ajaibnya, sisa makanan yang terlekat pada mangkuk tersebut akan tertinggal sekaligus bau busuk jugak akan hilang. Kemudian, lap mangkuk tersebut sampai bersih.
  6. Cuka jugak berkuasa membersihkan rak dan dinding di dalam peti ais. Korang ambil kain dan celupkan kain tersebut dalam campuran cuka dan air biasa, selepas itu lapkan pada tempat yang terlibat. 
  7. Selain dari rak dan dinding dalam peti ais, cuka jugak boleh membersihkan daki dan kotoran di atas peti ais. Just gunakan cuka pekat, kemudian lap dengan menggunakan kertas tisu atau kain.
  8. Oven yang selalu digunakan mesti ada 'kesan-kesan' degil pada pintunya kan. Kalau korang nak tau, guna je cuka untuk 'membebaskan' pintu oven daripada selaput minyak. Caranya senang je, korang sapukan cuka pekat pada pintu oven. Kemudian, korang biarkan pintu oven terbuka lebih kurang 10-15 minit sebelum dibersihkan dengan span.
  9. Gelas yang dah lama dan selalu digunakan mesti akan jadi pudar kan. Takpe, guna gelas je. Berseri balik gelas korang tu. Caranya, korang rendam kain tau kertas tisu yang tebal dalam bekas berisi cuka pekat dan bungkus gelas korang yang pudar tu dengan kain/kertas tisu tersebut. Biarlah sekejap, sebelum dibilas bersih. 
  10. Kadang-kadang ada sesetengah cawan yang mempunyai daki pada celah tangkai dan badannya. Tapi, takpe. Lepas ni dah senang dah nak cuci daki ni semua. Korang amik garam atau baking powder, kemudian sentallah cawan tu. Insha Allah, semua daki tu akan tanggal dan cawan korang akan berseri-seri. 
  11. Cuka jugak boleh menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik atau tupperware. Senang je, korang lap je bekas plastik tu dengan kain yang telah dibasahkan dengan cuka. 
  12. Untuk menghilangkan kesan bau pada bekas makanan pulak, korang masukkan sekeping roti yang dah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman. Insha Allah, hasilnya nanti pasti tak mengecewakan. 
  13. Cuka juga boleh menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.  Caranya, hanya rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika, kemudian bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Kalau perlu,  ulanglah beberapa kali. 
  14. Makanan basi memang menimbulkan 'aroma' bau yang kurang elak. Senang je nak hilangkan bau ni sebenarnya. Korang just bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Kemudian, sembur  tempat yang terlibat dengan cuka pekat dan keringkan guna kain lembap. Selepas itu, isi satu bekas kecil dengan baking powder dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
  15. Kalau korang nak menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas, guna aje cuka. Caranya, bungkus/tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Kemudian, biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
  16. Untuk membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin pulak, korang cuci bahagian tersebut dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
  17. Kalau nak membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven,  korang just celupkan span ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian yang berminyak sehingga bersih.
  18. Kalau nak menyegarkan bilik air, korang just campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian, masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
  19. Kadang-kadang, kalau ada kotoran pada karpet mesti macam susah nak bersihkan kan. Betul tak? Tapi, takpe. Lepas ni, korang boleh guna cuka je untuk membersihkan tompokan kotoran pada karpet. Caranya adalah dengan mencampurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Kemudian, korang sental kotoran tu dengan menggunakan campuran tersebut. Lepas tu, buatkan kering sebelum divakum pada keesokannya. 
  20. Kadang-kadang, gunting yang kita gunakan untuk menggunting cellotape mesti ada kesan yang mereka pada gunting kan. Senang je nak bersihkan kesan yang melekat ni. Korang hanya lapkan je kesan tersebut dengan kain yang direndam dalam cuka pekat.
  21. Ibu yang ada anak kecik mesti pening fikir macam mana nak hilangkan bau hancing kat atas tilam. Budak-budak, biasalah. Kadang-kadang, 'terbabas' jugakkan. Nak bersihkan dan hilangkan bau asem ni senang je. Korang campurkan sedikit cuka dan air. Kemudian, ambil kain dan rendam dalam campuran tersebut, sebelum dilap pada tompokan air kencing di atas tilam. Lepas tu, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’, dan biarkan kering sekejap. Dah kering korang vakum. 
  22. Untuk membersihkan peralatan seperti perak, gangsa dan pewter yang tercemar dan nampak lusuh, korang campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Kemudian, gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
  23. Bagi menanggalkan kesan tompokan hitam di dalam periuk aluminium,  campurkan 1 cawan cuka dan 1 cawan air. Kemudian, masukkan ke dalam bekas aluminium tu dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Nanti kesan tompokan hitam akan tanggal.
  24. Cuka juga boleh menghindarkan semut. Korang semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut. Insha Allah, semua akan hilang. 
  25. Untuk memulihkan span atau pengelap pinggan. Korang rendamkan span atau pengelap tu di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam semalaman.


Wow, memang banyak kebaikan cuka yang kita boleh cuba kan. Selamat mencuba... ❤️❤️❤️


Sumber SINI.



Thus Article 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.

Itulah artikel 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/25-kelebihan-cuka-yang-mungkin-korang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu."

Catat Ulasan

Loading...