Loading...

2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas

Loading...
2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas
link : 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas

Baca juga


2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas

SUNGAI PETANI – Dua peniaga dalam talian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memberi perkhidmatan kewangan untuk manfaat pengganas.

Muhammad Hassan Syauqi Omar, 23, yang menghadapi tiga pertuduhan dan Mohd Shaiful Mohd Jaafar, 31, didakwa satu pertuduhan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama Muhammad Hassan didakwa memberi perkhidmatan kewangan dengan cara membenarkan kemasukan RM100 ke akaun Maybank miliknya.

Ia dilakukan atas sebab munasabah untuk mempercayai ia akan memanfaatkan pengganas bernama Muhammad Fudhail Omar, 25. Kesalahan itu dilakukan di 955, Jalan Bukit Puteri 11/3A, Bandar Puteri Jaya di sini pada 4.36 petang, 28 April 2015.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama, membenarkan kemasukan RM200 ke akaun Maybank miliknya untuk memanfaatkan Muhammad Fudhail, di lokasi sama pada 8.19 malam, 1 Mei 2015.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Hassan didakwa membenarkan kemasukan RM2,000 ke akaun Maybank miliknya untuk memanfaatkan pengganas bernama Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 38, di lokasi sama Bandar Puteri Jaya, pada 3.03 petang, 29 April 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130O(1)(b) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130O(1)(bb) Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga didenda jika didapati bersalah.

Sementara itu, Mohd Shaiful pula didakwa secara langsung memberikan wang RM890 kepada Muhammad Hassan dengan menggunakan akaun Maybank miliknya atas sebab munasabah untuk mempercayai harta itu akan digunakan untuk melakukan perbuatan pengganas di No 1605, Lorong Teja 34, Taman Keladi di sini pada 9.15 malam, 12 April 2015.

Dia didakwa di bawah Seksyen 130N(b) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga didenda.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana kes itu tertakluk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya dan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farahin Ibrahim.

Muhammad Hassan diwakili Peguam Syafiqah Abdul Razak manakala Mohd Shaiful tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tB5Mvn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas

Itulah artikel 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/2-didakwa-beri-perkhidmatan-kewangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "2 Didakwa Beri Perkhidmatan Kewangan Untuk Pengganas"

Catat Ulasan

Loading...