Loading...

1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh

Loading...
1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh
link : 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh

Baca juga


1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh





1MDB hari ini berkata dokumen terbaharu yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana berkait dengan wang dilarikan daripada syarikat itu tidak disertakan dengan bukti jelas.

“1MDB mengambil maklum yang permohonan sivil itu tidak mempunyai lampiran yang menyatakan bukti bertulis dan kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan DoJ,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas hari ini.

Pendirian itu dilihat seiring dengan respon Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pejabat Perdana Menteri, yang menganggap dokumen itu hanya ulangan tanpa disertakan bukti.

Dokumen lebih 200 muka surat itu difailkan DoJ semalam di sebuah mahkamah di California, bagi merampas pelbagai aset dan hartanah mewah yang menurutnya dibeli menggunakan wang yang dilarikan daripada syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood terbitan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Permohonan terbaharu itu berkait dengan dakwaan kecurian dana 1MDB, syarikat yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. DoJ dalam siasatannya yang diumumkan tahun lalu mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Dokumen DoJ semalam dikritik Apandi yang berkata pihaknya tidak dimaklumkan DoJ, sementara setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad menyifatkannya mempunyai agenda politik kerana menamakan pihak tertentu walaupun tidak perlu berbuat demikian.

1MDB berkata pihaknya tidak ada kena mengena dengan permohonan di AS itu, dan tidak pernah dihubungi oleh DoJ.

Syarikat itu bagaimanapun berkata ia bersedia memberikan kerjasama “dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara, berdasarkan protokol antarabangsa mengenai perkara itu dan nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” kata kenyataan itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tibaEb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh

Itulah artikel 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/1mdb-sifatkan-dokumen-doj-tiada-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "1MDB Sifatkan Dokumen DoJ Tiada Bukti Kukuh"

Catat Ulasan

Loading...