Tajuk : Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik
link : Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik
Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik
Celcom hari ini telah memperkenalkan pakej data khusus untuk penstriman data dan muzik tanpa menjejaskan data bulanan pengguna khusus untuk prabayar, Xpax. Dinamakan sebagai Music Walla dan Video Walla, ia menawarkan data tambahan untuk digunakan bagi tujuan penstriman muzik dan juga video.
Melalui Xpax Music Walla, ia menawarkan pakej penstriman muzik tanpa had pada harga RM3 sebulan atau RM1 seminggu. Melalui pakej ini, sejumlah perkhidmatan disokong, termasuk JOOX, Raku, KKBOX, Hungama Music dan beberapa stesen tempatan terpilih.
Untuk Xpax Video Walla pula, ia menawarkan pakej penstriman video pada harga RM1 setiap hari untuk 1GB, atau RM7 setiap minggu untuk 10GB. Melalui pakej ini, ia menyokong perkhidmatan seperti YoUTube, Netflix, iFlix, Tonton, Astro Go, Dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV dan juga DailyMotion. Celcom turut menawarkan akses 12 bulan percuma untuk iFlix bagi pelanggan yang melanggan Video Walla ini.
Bagi anda yang sering menikmati muzik atau video pada pelan Xpax, dan sering risau akan kehabisan data ketika menggunakannya, pakej khusus ini mungkin untuk anda. Pengguna Xpax boleh melanggan kepada pakej Video Walla dan Music Walla ini melalui aplikasi Xpax atau menggunakan akses talian *118#. Selain pelanggan Xpax, Celcom turut mengatakan pakej ini turut boleh digunakan oleh pengguna Celcom First.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzrYZj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik
Anda sedang baca artikel Xpax Memperkenalkan Pakej Data Khusus Untuk Penstriman Data Dan Muzik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/xpax-memperkenalkan-pakej-data-khusus.html
pelan yg sgt bagus ...
BalasPadamSaya jugak guna pelan ni skrg....
BalasPadamKlaw subscribe dgn XPAX apps, boleh dpt data double utk Video Walla...
Mcm tu lagi berbaloi....
BalasPadamDpt 2GB dgn RM1, dpt 20GB dgn RM7....
tapi lagi 2 hari promosi ni akan habis, nanti rm7 boleh dpt 10gb video data je, itupun kena habis pakai dalam masa seminggu, tak habis tak boleh bawa ke minggu seterusnya.
Padam10GB x sgt byk je....Sikit je...
PadamX sempat habis dlm 1 minggu?
Kalau saya stream video boleh habiskan lah...
tgh gune pelan nih.. mmg baloi.. sbb sekarang orang gune phone pn stream byk2.. i biasa hotspot ke pc i dn stream vidéo... mmgg perghhh terbaik.. haha
BalasPadamplan ni berbaloi ke ? tapi aq dengar xpax wall ni samapi akhir bln june je .. lagi best terus beli plan yg bole guna lama2 kan ..kenapa ko rugi kan masa ...aq ni guna postpaid ..ok lar takyah lar takut cepat abis data ....
Padammcm tu lagi berbaloi pakai wifi, prepaid pakai add on data biasalah mahal.
Padambaloi... tgk u stream muzik ke tau video.. pilih yg mane u gune btk.. dpt jimat duit.. biasa i top up video je sbb muzik x byk mkn data pn..
PadamHingga Jun tu ialah promosi data berganda, bukanlah yg pelan ni tamat....
PadamSsekarang/lepas ni masih ade masih ni, tetapi hanya dpt data pelan ori tu, x ade double lagi
I dgr mmber2 ku cakap connection die slow.. but bile I gune ok je tu.
BalasPadambiasanye orang adu speed die tu org kampung ke ape? coverage depend on area kot... i gune ok je.. dpt stream HD video lg.. spped same ngan plan biasa ..
BalasPadam