Tajuk : Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir
link : Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir
Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir
Perkara itu diluahkan oleh Ayumi, 38, melalui blog rasminya, TeamAyu baru-baru ini.
“Pentas adalah tempat yang paling sesuai dan satu-satunya tempat yang saya ada. Saya tidak boleh memikirkan apa-apa selain muzik.
“Saya akan terus membuat persembahan dan mendengar walaupun pada hakikatnya saya tidak lagi boleh. Saya tetap akan berusaha untuk mencari jalan dan terus maju.
“Saya tidak mahu menagih simpati ataupun perasaan kesian terhadap kejadian yang menimpa diri saya. Apa yang pasti saya tetap akan teruskan menyanyi sehingga nafas yang terakhir,” tulisnya.
Mengulas mengenai kondisinya, Ayumi atau lebih mesra dengan panggilan Ayu memberitahu pendengaran di telinga kanannya semakin lemah dan dia juga kerap mengalami loya serta pening sebelum konsert jelajah tahun ini.
“Selepas pelbagai ujian dijalankan, akhirnya saya dimaklumkan bahawa pendengaran telinga kanan saya (yang telah mengimbangi pendengaran saya setelah telinga kiri tidak boleh lagi mendengar) semakin lemah.
“Saya mula sering berasa pening, muntah-muntah dan tidak boleh berjalan secara lurus ketika berada di studio untuk melakukan persiapan konsert.
“Saya masih lagi tertanya-tanya sebagai sorang penyanyi bagaimana saya harus berdepan dengan masalah pendengaran. Saya berasa dunia saya gelap,” tulisnya.
Terdahulu, Ayumi atau lebih mesra dengan panggilan Ayu mengalami masalah pada telinga kirinya ketika konsert jelajah tahun 2000.
Doktor telah menasihatkan supaya mengurangkan pendedahan terhadap bunyi yang kuat namun dia tetap tidak membatalkan atau menangguhkan siri jelajahnya.
Pada tahun 2008, Ayu disahkan mengalami pekak di telinga kirinya.
Sumber: Astro Gempak
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rj1n21
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir
Anda sedang baca artikel Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/walau-sudah-pekak-sepenuhnya-ayumi_68.html
0 Response to "Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir"
Catat Ulasan