Tajuk : Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana
link : Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana
Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana
KEBANYAKAN vokalis kumpulan popular Indonesia nampaknya sudah mula membuat haluan tersendiri sejajar dengan peningkatan usia mereka selain mahu menumpukan ke arah saham akhirat pula.
Jika Pasha dari kumpulan Ungu mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi wakil rakyat, vokalis kumpulan Padi iaitu Fadly pula sudah beralih arah dari bidang seni dan enggan lagi terlibat dalam bidang penuh glamor dan sensasi itu.
Menurut Fadly yang popular dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban itu, dia sudah berbincang dengan isteri dan anak-anak tentang niat dan keinginnannya itu.
“Niatnya sudah ada, saya sudah beritahu anak dan isteri. Saya ingin hidup sederhana kerana saya masih seorang anak. Saya ingin berbakti kepada orang tua saya. Sejak tamat persekolahan, saya sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan ibu saya,” ujarnya lapor Merdeka.com.
Menurut Fadly lagi, rancangannya untuk berhijrah dan menetap bersama ibunya bukan kerana dirinya sudah puas menikmati dunia.
“Duniawi dari dulu saya puas. Alhamdulillah, sama seperti yang saya beritahu kepada anak, jangan jatuh cinta sama dunia, dunia itu seperti seorang janda tua. Semua yang jatuh cinta pada dia pasti akan ditelan mati dan dia akan jadi janda lagi,” katanya lagi.
Fadly atau nama lengkapnya Andi Fadly Arifuddin, 42, menubuhkan Padi bersama empat rakannya iaitu Ari (gitaris), Yoyo (drummer), Rindra (bassist) dan Piyu (gitaris) pada 8 April 1997.
Padi telah menerbitkan lima buah album sepanjang kerjaya mereka iaitu, Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNiSrP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana
Anda sedang baca artikel Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/vokalis-padi-nekad-hijrah-hidup.html
0 Response to "Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana"
Catat Ulasan