Tajuk : Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona
link : Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona
Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona
Skuad Catalan itu mencari jurulatih baru selepas Luis Enrique membuat keputusan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini dan mereka menemui bekas bos Bilbao Athletic.
Valverde akan diperkenalkan sebagai ketua jurulatih Barca dalam sidang media pada Jumaat ini.
"Saya telah bercakap secara peribadi dengan Valverde dan saya memberitahunya tentang keputusan kami," kata presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.
"Dia berkata dia sangat teruja dan sangat gembira, bahawa ia adalah satu cabaran besar menjadi ketua jurulatih Barca."Masih ada masa untuk bercakap tentang mengapa kami memilih dia. Kami tahu dia mempunyai keupayaan, pengetahuan dan pengalaman.
"Dia sukakan bola sepak belia dan mempunyai gaya istimewa, sama dengan apa yang kami lakukan di Barca. Dia mempunyai falsafah sama dengan Barca dan melatih cara kami berlatih."
Valverde mewakili Barcelona ketika tempoh kerjayanya, memakai jersi Blaugrana di antara 1988 dan 1990.
Dia berpindah ke dalam barisan kejurulatihan skuad B Bilbao pada 2002, sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih pasukan utama pada musim berikutnya.
Dia kemudian berpindah ke Espanyol, Olympiacos, Villarreal dan Valencia sebelum akhirnya kembali ke Athletic pada 2013.
Jurulatih berusia 53 tahun itu mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan skuad Basque minggu lalu selepas empat tahun menerajui pasukan dan kini akan meneruskan kerjaya di Camp Nou.
Valverde akan mencari jalan menghidupkan Barcelona untuk menguasai LaLiga sekali lagi, dengan kelab Catalan itu terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua di belakang musuh tradisi, Real Madrid pada musim ini.
Mereka juga terlepas mahkota Liga Juara-Juara apabila Juventus terbukti lebih kuat dalam peringkat suku akhir, walaupun mereka memenangi Copa del Rey bagi tahun ketiga berturut-turut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz2Hz1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona
Anda sedang baca artikel Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/valverde-dilantik-sebagai-bos-baru.html
0 Response to "Valverde dilantik sebagai bos baru Barcelona"
Catat Ulasan