Tajuk : Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000
link : Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000
Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000
PENGAMBILAN vaksin di klinik swasta sudah tentu menimbulkan persoalan mengenai caj yang bakal dikenakan terdapat pesakit atau pelanggan.
Namun, bagi sesetengah golongan dewasa, kadar bayaran untuk pengambilan vaksin bukanlah satu perkara yang membebankan selagi mereka dapat mencegah penyakit berbahaya itu dari terus ‘merosakkan’ kehidupan.
Menerusi taklimat pelancaran program promosi vaksinasi khusus untuk orang dewasa yang pertama di Malaysia mendedahkan pengambilan vaksin bagi kes Influenza atau flu hanya mencecah kurang daripada RM65 hingga RM100.
Naib Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Prof. Madya Dr. Ariza Adnan berkata, kos untuk mendapatkan vaksin bagi kes Influenza adalah berbaloi berbanding kos rawatan yang perlu ditanggung sekiranya seseorang dewasa itu gagal mendapatkan vaksin tersebut.
“Saya mengambil contoh kepada pengambilan vaksin Influenza ini dapat mengurangkan risiko kepada penyakit paru-paru berair, masalah hidung sensitif (sinus), jangkitan telinga, kesan pada hati, otak dan boleh menyebabkan kematian.
“Melalui pencegahan vaksin ini yang hanya menelan kos RM65 hingga RM100 untuk setahun, anda dapat mengurangkan beban diri sendiri dan keluarga serta kehidupan harian.
“Berbanding anda perlu membelanjakan lebih RM1,000 untuk mengubati penyakit komplikasi akibat Influenza,” katanya.
Jelasnya, ramai orang dewasa tersalah anggap bahawa penyakit cegahan vaksin ini dalah penyakit lain yang tidak berbahaya, contohnya orang sering keliru mengenai flu dan demam selesema.
“Mereka juga sering mengambil ringan tentang risiko dijangkiti penyakit cegahan vaksin dan tidak sedar penyakit ini rumit dan melibatkan kos yang tinggi untuk dirawat,” katanya.
Influenza dan demam selesema adalah dua perkara berlainan walaupun simptom yang ditunjukkan hampir sama seperti demam, batuk dan selesema, ini menyebabkan masyarakat keliru dan mengambil remeh perkara tersebut, sedangkan hakikatnya pesakit boleh kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan segera.
Perkara yang membezakan dua jangkitan tersebut ialah pesakit influenza akan mengalami demam yang lebih tinggi, batuk berkahak, dan menyebabkan komplikasi kepada paru-paru seperti keradangan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. Ravindran R Naidu berkata, caj yang dikenakan itu tidak membebankan kepada golongan yang berpendapatan pertengahan dan ia adalah berlaloi.
Menurutnya, sesebuah organisasi juga perlu mewajibkan pekerjanya untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian bagi mengurangkan kos sewajarnya.
“Jika 20 orang dalam sebuah organisasi itu menghidapi flu, ia akan berjangkit kepada pekerja lain dan ini membawa kerugian kepada organisasi itu.
“Saya percaya doktor yang dilantik dan dilatih akan memberi kerjasama kepada mana-mana organisasi yang mahukan pekerjanya mengambil vaksin bagi mencegah penyakit sebelum mereka terpaksa mengeluarkan kos untuk merawat pekerja yang sakit,” katanya.
Jelasnya, apabila pekerja sakit sudah tentu syarikat akan menganggung kos perubatan dan ini sekaligus menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi itu.
Pengambilan vaksin untuk orang dewasa ini perlu diperluaskan bagi menimbulkan kesedaran dalam usaha mencegah lebih baik daripada merawat.
Tidak semua vaksin perlu diambil setiap tahun seperti vaksin Influenza tetapi ada vaksin yang perlu diambil dalam tempoh 10 tahun seperti Tetanus. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjjdOh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000
Anda sedang baca artikel Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/vaksin-lebih-baik-bayar-rm100-dari.html
0 Response to "Vaksin: Lebih Baik Bayar RM100 Dari RM1,000"
Catat Ulasan