Tajuk : Ustazah Tajwid
link : Ustazah Tajwid
Ustazah Tajwid
AL QURAN, kalam suci yang diturunkan oleh Allah, kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat.
Terima kasih admin sudi publishkan cerita aku ni. Muqaddimah baik punya. Kali pertama menulis sebegini. Jadi, faham-faham sendiri lah ya. Kisah nya macam ni, Dulu waktu kecil-kecil rasa macam susah sangat nak baca quran, sekarang ni Alhamdulillah. Bila tiba bulan ramadhan, aku akan selalu join tadarus di masjid taman rumah aku. Dan setiap tahun lepas tadarus, mesti akan ada makcik cakap, bagus ya bacaan anak ni. Malu-malu kucing la aku time tu. Jangan makcik ni nak buat menantu sudah. Hahahaha. Tape makcik takyah jadi menantu, sy boleh je nak ajarkan bakal cucu mcik nanti. Just call me. Cehh. Jangan riak, jangan.
Kecik-kecik dulu, malu nak join, sebab baca pun terabur lagi, tajwid tah kemana, makhraj huruf pun tah kemana. Malu, sebab nanti yang akan tegur makcik-makcik, lepastu tegur depan orang pulak tu. Terus taknak pergi tadarus.
Ingat lagi, aku perlukan 2 tahun nak mahirkan bacaan. Umur waktu tu darjah 5-6. Yang ajar pulak ustazah tajwid dekat sekolah agama. Ustazah tu, kalau sapa tak kenal, memang ingat dia garang, tapi memang betul pun. Ye la, kalau tak garang, nanti taknak dengar cakap. Darjah 5 start mengaji dengan ustazah tu sebab umi aku yang suruh. Puas dah cakap taknak, ustazah tu garang. Tapi umi dah cakap kat ustazah yang aku nak belajar ngaji dengan dia. Memang tak boleh lari la. Sebab kami pun berjiran. Sebelum belajar dengan ustazah tu, aku belajar mengaji dengan ustazah jugak, tp die cikgu tadika aku, betul-betul sebelah rumah, ustazah ni tak garang pun. Tapi jenis pegang rotan gertak-gertak gitu je. Belum sempat aku khatam ustazah ni pindah.
Balik kepada ustazah tajwid aku ni, aku akan datang awal sekolah agama, pukul 2.30 petang masuk kelas, pukul 2.00 petang aku dah ada dekat sekolah. Maklumlah pengawas. Boleh dikatakan setiap hari aku akan bukak pintu pagar sekolah. Bagus kan. Hahahah. Kadang-kadang kalau ustazah datang lambat, aku akan mengaji dengan dia lepas waktu sekolah.
Kali pertama, aku jumpa ustazah yang ajar mengaji, takda yuran. Aku ulang takda yuran. Buat ikhlas. Jadi, setiap kali aku nak hulur duit, umi aku suruh bagi dia, dia takkan ambil. Dia kata, ustazah ajar orang mengaji, ustazah nak sedekahkan pahala ustazah dekat arwah mak ayah ustazah. Aku masih ingat kata-kata ustazah tu. Waktu tu takda deep-deep nye lah. Maklumla, dulu mana ada tarbiah sentap, dakwah sentap bagai. Then aku akan balik rumah bagi balik duit kat umi. Mula dari situ la, kalau nak balas jasa ustazah, umi aku akan bagi, kain pasang tak pun kain batik. Aku pulak. Macam biasa la. Hari guru, aku bagi la hadiah untuk ustazah tu, takde la dia tolak kan. Hehehe.
Mengaji dengan ustazah ni, muka kena tebal la. Aku ni kira macam pelajar harapan sekolah la waktu tu. Waktu tu la. Sekarang tah jadi apa dah. Uhuks. Pernah dapat title tokoh pelajar yang tak tahan tu. Balik rumah kene bahan dengan abang. Kau suap ape ha kat ustazah kau. Gelak je la aku tahu. Mengaji pulak dalam bilik guru. Memang ustazah yang lain tu akan dengar la kalau aku mengaji. Biasa kalau mengaji dengan orang lain, kita akan duduk depan dia kan. Tapi dengan ustazah ni tak, aku duduk sebelah dia. Mungkin tu teknik nak bagi aku lebih dengar dan ingat apa yang dia ajar. Mengaji, kene ada pensel atau lidi, kalau aku bawak penunjuk yang macam cantik sikit ke, baru beli, niat nak menunjuk, biasala budak kan, nanti kalau aku salah baca ustazah akan cakap, awak punya penunjuk tu halang awak nak tengok huruf. Ustazah ajar aku, yang cantik tu tak semestinya elok. Selain tu, specialnye ustazah akan letak tangan kanan dia dekat perut bahagian kiri aku. Setiap kali aku salah baca dia akan cubit aku, cubit-cubit manja gitu. Tapi kalau sehari tu kasalahan yang sama, memang kaw la kene. Langsung aku tak pernah mengadu kat umi abah aku. Alhamdulillah jadi orang sekarang.
Setengah orang kalau cuti sekolah, macam merdeka la kan. Tak payah mengaji, tapi aku tak. Aku tetap kene mengaji, aku pergi rumah ustazah, mengaji macam biasa. Macam tu la aku di didik untuk mahirkan baca al-quran.
Darjah 6, kali pertama aku khatam Quran. Umi aku bersyukur, siap buat pulut kuning tau. Lepas setahun dua aku habis sekolah tu, umi hantar pulak adik aku minta ustazah ajarkan adik, tapi tak lama, sebab adik aku tak tahan selalu kene marah dengan ustazah. Kiranya aku ni kebal jugak la kan. Huhuhu.
Terima kasih ustaz ustazah. Orang lain ada pengalaman mereka sendiri, tapi ini pengalaman aku. Dua perkara aku belum puas adalah, aku nak hafal dan aku nak faham makna Alquran. Sekolah menengah dulu aku pernah diberi peluang hafal surah-surah untuk masuk pertandingan, ustazah kata, alunan bacaan awak ada lahjah arabiah. Waktu tu aku tak yakin dengan diri aku, aku ni boleh ke menghafal dalam beberapa minggu, sehinggalah aku tarik diri, peluang takkan diberi dua kali. Aku redha bila ada pengganti aku yang lebih baik. Sekali lagi aku cemburu, bila kawan sekolahku berpeluang masuk sekolah tahfiz, kami jarang berjumpa, berjumpa pun di masjid bila bulan puasa. Aku akan tanya dia. Dah berapa juzuk da?. Dia jawab Alhamdulillah 15. Aku jawab bestnya. Ade sekali aku berlawak, nanti tarik aku masuk syurga tau. Dia senyum je. Cemburunya aku. Tapi itu kisah lama. Aku sekarang sedang cuba menghafal surah-surah pendek.
Nak belajar sesuatu tu perlukan masa, bukannya pagi kau belajar, petang kau dah dapat semua benda. Tak. Tuntut ilmu tu kena sabar, orang yang belajar kena sabar, yang mengajar pun kena sabar. Jadi kepada ibu-ibu muda kat luar sana, hantarlah anak-anak anda kelas mengaji kalau tak mampu nak ajarkan mereka di rumah. Jangan sampai, bila mereka dah besar mereka salahkan anda sebab tak bagi pendidikan agama dekat mereka. Aku bersyukur, walaupun aku tidak diajar oleh umi abahku secara langsung tentang Alquran waktu aku kecil dahulu kerana kesibukan mencari rezeki untuk kami 7 beradik, tapi mereka memberi aku peluang untuk aku kenal alquran dari ustaz ustazah dengan menghantar aku kesekolah dan kelas mengaji. Syurgalah buat kalian. Allahuma Amiinn.
Alhamdulillah, kurnian terbaik dalam hidup aku, mempunyai umi dan abah seperti kalian. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan yang pernah anakanda rasai dan nikmati di alam fana ini.
Anak murid ustazah
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsO3ZN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ustazah Tajwid
Anda sedang baca artikel Ustazah Tajwid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/ustazah-tajwid.html
0 Response to "Ustazah Tajwid"
Catat Ulasan