Loading...

Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat

Loading...
Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat
link : Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat

Baca juga


Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat

PUTRAJAYA – Bulan Ramadan sepatutnya bulan untuk umat Islam berjimat cermat bukan untuk membazir, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ramai yang terpengaruh dengan nafsu sehingga membeli makanan dengan banyak tetapi tidak mampu menghabiskannya, akhirnya dibuang begitu sahaja.

“Saya tidak menghalang orang ramai membeli kerana itu bagus untuk penjaja, tetapi perlu ada perancangan supaya makanan tersebut tidak dibazirkan,” katanya selepas melancarkan kempen MYSaveFood @Ramadan di sini hari ini.

Pelancaran kempen itu turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Melalui kempen itu, beberapa tips mengelakkan pembaziran makanan turut disampaikan, sementara peniaga diminta menyediakan makanan berkualiti dan selamat.

Ahmad Shabery turut menggalakkan peniaga untuk menyumbangkan makanan yang tidak habis dijual kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam kempen itu untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

Makanan tersebut akan disalurkan kepada rumah anak yatim dan keluarga yang memerlukan di kawasan berdekatan seperti Dengkil, Perdana Putra dan Puchong.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata setiap hari kira-kira 3,000 tan metrik sampah dikutip di Wilayah Persekutuan dengan 80 peratus daripadanya adalah makanan.

“Separuh daripada makanan yang dikutip itu masih boleh dimakan.

“Itu berdasarkan statistik di bulan lain, bulan puasa kita belum buat analisis lagi. Ini satu pembaziran yang amat ketara,” katanya.

Kempen MYSaveFood @Ramadan pertama kali diadakan dengan kerjasama Mardi, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Perbadanan Putrajaya serta beberapa NGO. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdVCRd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat

Itulah artikel Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/umat-islam-diingat-ramadan-bulan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat"

Catat Ulasan

Loading...