Loading...

TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN

Loading...
TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN
link : TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN

Baca juga


TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN

SABAK BERNAM – Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun Pas di negeri ini sekiranya tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

“Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini, Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini,” katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.

“Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri,” katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

“Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat,” katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau akur apa jua keputusan pimpinan Pas.

“Saya tak nak berbincang soal kemungkinan. Selagi masih berada dalam exco, saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan pentadbiran kerajaan negeri, Zaidy menjelaskan, hubungan itu berjalan baik dan tiada masalah.

“Kita kena bezakan antara parti dan kerajaan. Kalau tengok program hari ini pun, ramai pemimpin PKR yang hadir termasuk DAP yang diwakili Adun Sekinchan, Ng Suee Lim,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q5PuZY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN

Itulah artikel TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tunggu-kena-pecat-baru-pas-nyatakan_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TUNGGU KENA PECAT, BARU PAS NYATAKAN PENDIRIAN"

Catat Ulasan

Loading...