Tajuk : Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi
link : Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi
Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi
Arab Saudi yang merupakan sekutu kuat AS menyifatkan kunjungan itu akan mengukuhkan kerjasama komersial dan politik serta akan membantu merangsang usaha memerangi kumpulan pelampau.
Saluran berita Arab Saudi turut menayangkan klip pesawat Air Force One mendarat di Riyadh, dengan hamparan karpet merah oleh askar Arab Saudi.White House berharap kunjungan itu akan mengalihkan fokus media daripada kontroversi serantau kepada agenda dasar luar Trump.
Arab Saudi antara yang cukup teruja dengan pelantikan Trump sebagai presiden selepas menyaksikan bagaimana presiden terdahulu, Barack Obama dilihat terlalu berlembut dengan seterunya, Iran dan mengamalkan pendekatan sama dalam hubungan dua hala Washington dengan Riyadh, yang menjadi nadi keseimbangan keselamatan Asia Barat.
Trump akan melakukan beberapa lagi kunjungan minggu depan iaitu Israel, Belgium dan Itali. Kunjungan itu dianggap satu peluang untuk Trump melawat tempat-tempat suci tiga agama utama dunia, termasuk peluang bersemuka dengan pemimpin Arab, Israel dan Eropah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBNRnT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi
Anda sedang baca artikel Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/trump-tiba-untuk-kunjungan-di-arab-saudi.html
0 Response to "Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi"
Catat Ulasan