Loading...

Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik

Loading...
Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik
link : Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik

Baca juga


Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik

ALOR SETAR – Taktik tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun seorang lelaki akhirnya menerima padah apabila mereka ditangkap oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Batu Lima, Sik, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun, yang memandu kenderaan Toyota Hilux ke Jeneri menyedari beliau diekori oleh dua buah kenderaan jenis Nissan Navara dan sebuah Proton Saga.

” Sampai di tempat kejadian, tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman itu telah turun dari kereta dan datang ke arah mangsa dengan memegang sepucuk pistol dan cota,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa sempat menghubungi majikannya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis dan dalam masa yang sama meminta bantuan daripada penduduk kampung dengan menggunakan aplikasi ‘Whatsapp’.

“Penduduk kampung yang berada berhampiran tempat kejadian telah berjaya menahan tiga suspek , berusia 21, 25 dan 32 tahun manakala dua lagi suspek yang berada dalam kereta Proton Saga berjaya melarikan diri,” katanya.

Mior Farid Al Athrash berkata dua minggu sebelum kejadian, satu laporan berhubung kejadian samun telah dibuat di Sik di mana mangsa samun mengalami kerugian berjumlah RM10,000.

“Kita percaya ini merupakan kes kedua yang dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana modus operadi yang digunakan sama. Kesemua suspek yang berasal dari Selangor ini dipercayai datang ke Sik dan menyewa di rumah inap desa sebelum melakukan jenayah di situ.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau yang melibatkan kes jenayah dan dadah dan usaha untuk mengesan dua lagi suspek sedang dilakukan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan Nissan Navara yang dinaiki suspek, polis menemukan sepucuk pistol mainan, cota, parang, kapak kecil dan telefon bimbit.

Kesemua suspek ditahan reman selama 11 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rernfd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik

Itulah artikel Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tiga-lelaki-menyamar-polis-ditahan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiga Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Sik"

Catat Ulasan

Loading...