Loading...

Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan

Loading...
Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan
link : Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan

Baca juga


Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan tiada mana-mana individu yang dibenarkan menjual sebarang jenis dadah terkawal secara atas talian walaupun untuk tujuan perubatan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penjualan dadah yang tersenarai sebagai bahan terkawal dan terlarang di bawah Akta Racun 1952 adalah bertentangan dengan undang-undang negara dan etika perubatan.

“Semua ubat yang tersenarai itu perlu dipreskripsikan oleh pengamal perubatan yang bertauliah sebelum diberikan kepada pesakit.

“Contohnya, morfin merupakan ubat yang terlarang, namun kita (kementerian) menggunakannya di hospital bagi tujuan perubatan. Penggunaannya adalah bagi ubat penahan sakit bagi sesetengah kes perubatan terutamanya yang dalam keadaan kritikal atau yang telah menjalani pembedahan besar,” katanya yang juga Presiden MIC pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tangkapan seorang individu yang bergelar ‘Doktor Ganja’ yang menjual dadah berbentuk kek, susu, marjerin, coklat dan madu sebagai rawatan kesihatan melalui Facebook serta WeChat dan WhatsApp.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman , Datuk Kang Chez Chiang dalam sidang akhbar hari ini dilaporkan berkata suspek dan dua lagi individu yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak lima hingga enam bulan lalu ditahan Jumaat lepas di Klang, Selangor.

Menurut Kang, dalam serbuan berkenaan polis merampas 18 pokok ganja, empat kilogram tumbuhan dan serbuk disyaki ganja, empat liter minyak, coklat, madu, marjerin serta susu yang disyaki mengandungi ganja dengan nilai rampasan RM21,000 termasuk sebuah kereta. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shNEGf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan

Itulah artikel Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tidak-boleh-jual-dadah-atas-talian-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan"

Catat Ulasan

Loading...