Tajuk : THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT
link : THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT
THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT
Akhbar The Star hari ini memohon maaf atas muka depan akhbar itu yang memaparkan gambar umat Islam sedang bersolat di bawah tajuk berita berkaitan pengganas.
The Star berkata adalah menjadi amalan akhbar itu menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini.
“Ini dilakukan sepanjang dekad yang lepas. Tahun ini, terdapat kebetulan cerita utama mengenai seorang pemimpin pengganas, kemudian ramai hubungkan tajuk dengan gambar berkenaan, yang mana bukan niat akhbar ini.
“Pada pengalaman yang lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam. Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami,” kata The Star dalam laman webnya.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa The Star segera meminta maaf kepada seluruh umat Islam.
Katanya, meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar, namun ia seolah-olah merujuk orang Islam sebagai pengganas dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut di muka depan.
“The Star sebagai salah satu akhbar ‘senior’ berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMqHhs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT
Anda sedang baca artikel THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/the-star-mohon-maaf-berita-pengganas_28.html
0 Response to "THE STAR MOHON MAAF BERITA PENGGANAS, GAMBAR SOLAT"
Catat Ulasan