Loading...
Tajuk : Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi
link : Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi
Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi
MINDANAO: Sekumpulan militan bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ISIS telah dilaporkan menyerang sebuah bandar di Filipina dan sedang dalam pertempuran senjata api dengan angkatan tentera kebangsaan.
Penduduk di bandar Marawi, yang terletak di selatan negara tersebut, diarahkan untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing oleh kerana terdapat sekurang-kurangnya 15 orang lelaki bersenjata api daripada sebuah kumpulan pelampau Muslim bernama Maute menyerang bandar itu dengan membawa senapang.
Kumpulan tersebut, yang juga dikenali sebagai Islamic State of Lanao dilaporkan telah menerima sokongan daripada pihak ISIS.
Pasukan angkatan tentera dan polis telah ditempatkan di bandar tersebut selepas para penduduk di kampung berdekatan melaporkan kecemasan dan merayu untuk mendapat bantuan, lapor akhbar UK, The Independent.
Presiden Rodrigo Duterte kemudiannya mengisytiharkan undang-undang tentera dan mengeluarkan perintah darurat di daerah Mindanao. Menurut Jeneral Eduardo Ano yang merupakan Ketua Turus Am, sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 8 lagi anggota tercedera dalam pertempuran.
“Saya merayu kepada penduduk di bandar Marawi agar tidak meninggalkan kediaman anda, serta-merta jatuh ke tanah jika anda terdengar tembakan serta kunci pagar dan pintu rumah setiap masa,” nasihat Gabenor daerah Lanao del Sur, Mamintal Adiong Jr. kepada akhbar The Philippine Star.
Mamintal yang juga seorang anggota kanan Majlis Marawi itu berkata, pasukan tindakan kecemasan tempatan dari seluruh rantau ini telah digerakkan untuk membantu penduduk terperangkap dalam sebuah serangan bertembak balas.
Pada Mac lalu, Presiden Duterte meminta bantuan daripada datuk bandar di kawasan penduduk Islam di selatan negara itu bagi menangani militan Islam dan mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di sana jika masalah itu tidak diselesaikan.
Tahun lalu, Duterte berjanji untuk mengabaikan hak asasi manusia jika perpecahan kumpulan Isis di Timur Tengah menjadikan pemberontakan Islam di negaranya bertambah buruk.
Maute merupakan kumpulan radikal Islam yang terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Islamik Moro dan beberapa lagi kumpulan pejuang asing.
Mereka dipercayai telah mengambil nama mereka dari pengasasnya iaitu Abdullah Maute. – MYNEWSHUB/CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rziJIw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi
Itulah artikel Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tentera-filipina-bertempur-dengan_24.html
0 Response to "Tentera Filipina Bertempur Dengan Militan Isis Di Marawi"
Catat Ulasan