Loading...

Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul

Loading...
Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul
link : Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul

Baca juga


Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul

Aktres cantik Fouziah Gous, 35, tidak menyangka mimpi suaminya Zafran, yang melihat dirinya mengandung rupanya memberi petanda sekaligus berita gembira apabila disahkan doktor bahwa dia betul-betul berbadan dua.

Menurut Fouziah, pada mulanya dia tidak mengambil serius apabila suami bercerita tentang mimpi tersebut. Malah dia sendiri sejak kebelakangan ini ada bermimpi perkara yang pelik-pelik. Namun menganggap perkara itu sekadar mainan tidur.

“Ada cerita kelakar sebenarnya tentang kehamilan saya kali ini. Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung. Tapi saya fikir itu hanya sekadar mainan tidur.

“Sebab saya pun ada mimpi yang mengarut-mengarut selain mood saya asyik tidak stabil dan sejak kebelakangan ni saya asyik rasa macam perut masuk saya masuk angin.

“Suami bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor mulanya menyangka saya ada gastrik. Saya hampir menjalani rawatan susulan tetapi pada hari yang sepatutnya saya lakukan rawatan tersebut, saya beritahu doktor bahwa simptom-sipmtom yang saya alami ini sama seperti ketika hamilkan anak pertama dulu.

“Kemudian suami bawa saya membuat pemeriksaan doktor sekali lagi dan ketika itu doktor sahkan saya hamil tujuh minggu. Sekarang sudah 14 minggu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan TV3 & TV9, bertempat di hotel Mandarin Oriental KL, semalam.

Berkongsi pengalaman kali kedua mengandung, Fouziah mengakui kehamilan kali ini agak mencabar kerana dia mengalami beberapa alahan. Selain, dia terpaksa melayan kerenah anak sulungnya, Muhammad Zeeshan yang semakin manja seolah-olah memahami bakal mendapat adik tidak lama lagi.

“Ketika mengandungkan Zeeshan, saya menjadi diri saya. Saya juga tidak mempunyai masalah dari segi selera makan. Tapi kali ini, saya selalu tak tahu hendak makan apa, kadang-kadang dari pagi sampai ke petang saya tak makan apa-apa pun sebab saya jadi tak tahu hendak makan apa.

“Saya seorang yang tidak suka minuman manis, tapi sekarang saya suka minum minuman manis. Saya tak suka minum ais, tapi sekarang bangun pagi saya cari ais. Tengok supplement pun rasa hendak muntah.

“Zeeshan pula semakin menjadi-jadi manjanya, dia macam tahu-tahu yang dia akan dapat adik. Dia asyik hendak berkepit saja dengan saya. Kadang-kadang dengan bapa dia pun dia tak mahu,” ceritanya mengenai anaknya yang berusia setahun lima bulan itu.

Sementara itu, dalam pada menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Fouziah rancak mengembangkan perniagaan produk sarang burung yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Dia juga baru saja membuka sebuah gimnasium Muay Thai, Gym FDM, yang terletak di Bukit Jelutong. Katanya, idea mahu mengusahakan gym yang menawarkan aktiviti seni mempertahankan diri itu timbul kerana dia juga seorang yang meminati Muay Thai dan sudah lama menjadikan aktiviti itu sebagai salah satu aktiviti kecergasan.

“Alhamdulillah, perniagaan produk sarang burung masih berjalan dan semakin berkembang. Malah kami akan keluarkan satu lagi formula baru tidak lama lagi.

“Saya juga baru buka gym Muay Thai bersama rakan kongsi saya. Memang dari dulu buat aktiviti Muay Thai. Lagipun aktiviti ini bukan saja mendedahkan kepada skil mempertahankan diri tapi ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga penampilan diri,” tuturnya.

Dek kerana tumpuannya kini pada dua perniagaan tersebut, Fouziah mengakui dia kini sudah mengurangkan aktiviti lakonan. Fouziah mengakui dia banyak menolak tawaran berlakon kerana kekangan masa dan watak yang kurang sesuai.

“Saya memang sudah kurangkan aktiviti berlakon terutama drama bersiri kerana memerlukan saya berada di set dalam tempoh yang lama. Selain itu ada juga tawaran yang wataknya kurang sesuai. Jadi saya terpaksa menolak. Tapi dalam tempoh ini saya ada berlakon satu drama bertajuk Aku Disisimu,” katanya.

The post Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qH7NFV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul

Itulah artikel Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tak-sangka-mimpi-suami-rupanya-betul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Sangka Mimpi Suami Rupanya Betul"

Catat Ulasan

Loading...