Loading...

TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH

Loading...
TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH
link : TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH

Baca juga


TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH

Dikatakan terdapat empat juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU-14. Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.

Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.

Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Datuk Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.

Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.

Mereka semua sama. Sama ada dalam kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salah guna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.

Parti lawan pun sama, parti kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y.

Parti kerajaan pula tidak membenar sebarang rebutan kuasa, taksub dengan kepimpinan mereka, menyokong secara buta tuli, menafikan kenyataan.

Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.

Oleh itu apa perlunya Gen Y melibatkan diri, mengundi dalam PRU. Menang ke, kalah ke sama sahaja.

Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama. Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi king.

Yang tua tidak boleh ditinggal. Yang muda tidak boleh diketepikan.

Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka.

Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.
Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib.

Najib menang; semua kalah.

– M’kini



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDcuCw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH

Itulah artikel TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tak-mengundi-najib-menang-semua-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TAK MENGUNDI, NAJIB MENANG, SEMUA KALAH"

Catat Ulasan

Loading...