Loading...

Tak Ada Pelamin Pun OK!

Loading...
Tak Ada Pelamin Pun OK! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak Ada Pelamin Pun OK!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak Ada Pelamin Pun OK!
link : Tak Ada Pelamin Pun OK!

Baca juga


Tak Ada Pelamin Pun OK!


PETALING JAYA: Pasangan muda yang mahu berkahwin mungkin tak perlu 'pening kepala' fikir tentang kos pelamin lagi selepas ini.

Ini kerana, untuk mencipta sebuah majlis kahwin indah, tak semestinya pelamin mahal atau sarat hiasan diperlukan.

Jika bajet kurang atau mahu berjimat, 'kehadiran' sekeping papan hitam (chalkboard) dengan lukisan menakjubkan sebenarnya sudah mampu membangkit seri majlis.

Pelukis 'chalkboard', Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, 26, berkata beliau sememangnya mahu membantu pasangan yang bakal berkahwin dengan seni kapur (chalk art) yang dijadikan photo booth menggantikan pelamin.

"Saya memang lukis chalkboard ni nak tolong orang kahwin, macam budak-budak muda, mereka duit kurang.

"Pelamin mahal sekarang, 'photo booth' pun kira dah cantik, dah OK sangat," katanya dalam satu temubual bersama mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Acap, anak muda dari Kelantan ini berkata selain cantik dan murah, ramai yang tidak sedar lukisan seni kapur sebenarnya mempunyai kelebihan lain.

"Satu kelebihan, 'chalkboard' ini tak pantul cahaya, kalau buat photo booth cantik, kalau ambil gambar pun nampak jelas sebab permukaan tak berkilat.

"Saya pun tak tahu juga sebelum ini, semuanya saya eksperimen sendiri sebab saya tak ada ilmu seni, nak rujuk dengan siapa pun tak tahu, saya antara yang terawal buat chalkboard," katanya yang terjun dalam bidang ini bersandarkan minat dan bakat semata-mata.

Acap berkata, walapun harga sekeping chalkboard yang siap dilukis jauh lebih rendah berbanding pelamin, hak untuk memilih tetap milik pelanggan yang membuat pilihan bukan sahaja berdasarkan bajet, tetapi juga citarasa.

Katanya, 'modal' untuk menyiapkan sekeping chalk art berukuran 8 kaki x 8 kaki, hanyalah tiga hingga empat batang kapur, papan lapis dan idea lukisan atau corak untuk tema yang dimahukan pelanggan.

Katanya, setakat ini beliau tidak berdepan cabaran berat untuk menyiapkan tempahan, tetapi sedikit masalah akan timbul jika pelanggan tidak dapat memuktamadkan lukisan atau rekaan yang diinginkan.

Menurut Acap, disebabkan beliau mahu menembusi pasaran tempatan dengan lebih luas, beliau terpaksa 'lari' sedikit dari konsep asal chalk art yang hanya menggunakan kapur putih, banyak bermain dengan huruf dan tidak sarat hiasan.

"Bila dah masuk majlis kahwin orang Melayu, rekaannya lebih 'Melayu'. Orang Melayu sukakan inovasi, saya ikutlah.

"Saya sebenarnya lebih suka hitam putih, kalau tengok konsep asal, memang hitam putih sebab konsepnya vintaj," katanya.

Acap berkata, majlis kahwinnya bersama pasangan Nur Atirah Abd Rahman turut menggunakan photo booth yang dilukisnya sendiri.

"Kami rasa tak ada keperluan guna pelamin, chalkboard lagi 'best' untuk bergambar," katanya.

Acap berkata, beliau kini mencari rezeki dengan melukis chalkboard secara sepenuh masa selepas berhenti kerja dari sebuah syarikat media, tiga tahun lalu.

Katanya, penggunaan chalkboard untuk majlis perkahwinan semakin mendapat perhatian ramai pada masa ini.

Selain majlis kahwin, beliau juga melukis untuk majlis hari jadi, di kafe-kafe atau majlis anjuran syarikat korporat.

Bapa kepada seorang anak ini berkata, beliau lebih banyak 'bereksperimen' dalam berkarya kerana tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang seni. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPdoMy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tak Ada Pelamin Pun OK!

Itulah artikel Tak Ada Pelamin Pun OK! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak Ada Pelamin Pun OK! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tak-ada-pelamin-pun-ok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Ada Pelamin Pun OK!"

Catat Ulasan

Loading...