Tajuk : TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA
link : TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA
TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA
Ramai di kalangan kita merupakan memiliki dan memandu kereta dan ia sememangnya suatu keperluan dalam dunia hari ini. Tujuan kami memberikan tips dan helah ini ialah sebagai pengetahuan tambahan yang kebanyakannya kita tak sedar.
Ia mungkin tak akan jadikan anda seorang mekanik bertauliah tetapi ia akan membantu memudahkan kehidupan anda dengan kenderaan.
#1. GUNAKAN UBAT GIGI UNTUK MENGGILAP LAMPU HADAPAN
Masalah kebanyakan kereta moden ialah ia menggunakan lampu hadapan yang diperbuat daripada plastik ataupun polikarbonat. Ia akan menjadi lusuh dan kekuning-kuningan setelah beberapa tahun digunakan.
Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan kain lembut dan sedikit ubat gigi. Gosok selama beberapa minit dan anda akan dapat saksikan perbezaannya.
#2. LARASKAN CERMIN SISI DAN CERMIN PANDANG BELAKANG DENGAN SEMPURNA
Kebanyakan akar berpendapat, cermin-cermin tersebut mesti dilaraskan sehingga tidak ada bahagian badan kereta anda yang daat dilihat didalamnya. Ia bertujuan untuk mengurangkan ‘blindspot’ dan anda akan mendapat visual yang lebih baik berbanding sebelumnya. Cermin sisi sepatutnya diselaraskan dengan cermin pandang belakang dengan baik (rujuk gambarajah).
#3. LETAKKAN TELEFON BIMBIT ANDA DENGAN KEMAS
Telefon bimbit merupakan satu alat moden yang kerap mengganggu tumpuan anda semasa memandu. Ini tips berjimat untuk mereka yang malas membeli aksesori untuk meletakkan telefon (holder) di dalam kereta.
Caranya ialah dengan menggunakan gelang getah ataupun rubberband yang diselitkan melalui ruang kemasukan penyaman udara kereta anda.
#4. ELAKKAN SAMPAH DARIPADA BERTERABUR
Gunakan bekas platik yang mempunyai penutup yang boleh dibuka. Alas dengan plastik sebelum digunakan seperti tong sampah di rumah untuk memudahkan anda membuang sampah tersebut. Kereta akan lebih kemas dan teratur.
#5. SUKAR MENGAGAK JARAK PARKIR DALAM GARAJ?
Gantungkan sebiji bola tennis di dalam garaj untuk membantu anda mengundurkan kereta anda ke dalam garaj. Ia akan memberitahu anda bila anda harus berhenti mengundur.
#6. POSISI TEMPAT ISI MINYAK
Mungkin ramai yang sudah tahu helah ini. Jika anda memandu kereta yang tidak biasa anda pandu dan tidak pasti di sebelah mana ruang kemasukan bahan api, anda boleh mengelakkan daripada tersilap meletak kenderaan di sisi yang salah dengan merujuk kepada tanda panah pada meter bahan api.
Anah panah tersebut akan menunjukkan di bahagian mana ruang kemasukan tersebut berada.
#7. MENANGGALKAN SISA PELEKAT PADA CERMIN
Sama ada pelekat cukai jalan ataupun pelekat peringatan servis atau sticker Alagappas, ia akan meninggalkan sisa gam bila ditanggalkan.
Untuk menanggalkannya mudah sahaja, gunakan suratkhabar lama yang direndam dalam air panas. Letakkannya di bahagian tadi selama sepuluh minit dan anda boleh menanggalkan sisa gam tadi dengan mudah selepas itu.
#8. MEMASUKKAN KUNCI KE DALAM GELUNG KUNCI
Kadang-kadang anda ingin menambah kunci lain ke dalam gelungan kunci sedia ada. Setengahnya agak susah dan merosakkan kuku anda yang cantik khususnya bagi kaum perempuan.
Cara paling mudah ialah dengan menggunakan staple remover (alat yang digunakan untuk mencabut dawai kokot stapler).
#9. SEJUKKAN KABIN DENGAN CEPAT TANPA PENYAMAN UDARA
Turunkan cermin tingkap sebelah kereta anda kemudian buka dan tutup pintu di bahagian sebelah lagi sebanyak lima atau enam kali. Udara panas akan keluar menerusi pintu yang anda buka manakala udara sejuk akan masuk melalui tingkap yang anda buka.
Ini akan menjimatkan penggunaan penyaman udara anda berbanding membukanya pada tetapan yang paling sejuk.
#10. MENGHENTIKAN RETAKAN PADA CERMIN
Jika cermin kereta mengalami keretakan dari kiri ke kanan, anda boleh memperlahankan keretakan tersebut dengan menggunakan penggilap kuku berwarna jernih.
Sapukan sahaja di bahagian kiri dan kanan retakan dan jemur hingga kering. Ia akan memberikan anda masa yang cukup sebelum anda membawanya kepada mekanik. Ingat, ia bukannya penyelesaian jangka panjang.
#11. KESAN KEMEK YANG TAK SERIUS
Ia boleh dirawat menggunakan plunger (alat yang biasa digunakan sewaktu sinki anda tersumbat). Lekatkannya dengan perlahan-lahan pada bahagian yang kemik dan cuba tarik perlahan-lahan agar kesan kemik kembali kembali seperti asal.
Bagaimanapun ia tidak sesuai digunakan jika kesan kemik tersebut berada di bahagian-bahagian sudut sukar.
#12. KEGUNAAN PENAPIS SERBUK KOPI
Selain daripada digunakan untuk menghasilkan kopi dan ekspresso yang sedap, penapis berbentuk kon itu juga boleh digunakan untuk membersihkan konsol dan papan pemuka kereta anda.
Walaupun sekarang ada dijual kertas ataupun material khusus untuk membersihkan papan pemuka, ia biasanya mempunyai pelbagai bahan kimia. Penapis kopi adalah lebih baik dan anda boleh meletakkan sedikit minyak zaitun untuk menghapuskan kotoran yang degil.
Sumber: mekanikamalaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qj74JU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA
Anda sedang baca artikel TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/tahukah-anda-ubat-gigi-boleh-jernihkan.html
0 Response to "TAHUKAH ANDA UBAT GIGI BOLEH JERNIHKAN LAMPU? INI 12 LAGI TIPS BERGUNA UNTUK PEMILIK KERETA"
Catat Ulasan