Loading...

Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan

Loading...
Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan
link : Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan

Baca juga


Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan


LIMA individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian suspek kes cabul yang dibelasah hingga maut di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, baru-baru ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah petang semalam.

Menurutnya, suspek yang didakwa mencabul itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan semua individu yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Rozi berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya masih mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit.

Dalam kejadian 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki berusia 31 yang berasal dari Yan, Kedah didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.

Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai manakala suspek dibelasah sekumpulan lelaki.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan jelas memaparkan suspek dibelasah orang ramai termasuk mangsa. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan

Itulah artikel Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/suspek-kes-cabul-maut-dibelasah-5-orang_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...