Loading...

“Susah senang bersama…”

Loading...
“Susah senang bersama…” - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Susah senang bersama…”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Susah senang bersama…”
link : “Susah senang bersama…”

Baca juga


“Susah senang bersama…”

“SENANG sama-sama, susah pun bersama. Walaupun terpaksa membawa motosikal yang rosak hampir 30 Kilometer, namun kami lega apabila semuanya selamat sampai di rumah,” kata Mohd Shahrizam Abdul Samad berhubung situasi cemas terpaksa dilalui bersama dua lagi rakannya, Ahad lalu.

Menceritakan kejadian terbabit, Mohd Shahrizam, 20, berkata, dia bersama dua lagi rakannya Johari Jamil, 32, dan Nazrudin Kadir, 24, dalam perjalanan ke Pasar Borong di Melaka untuk menikmati juadah asam pedas pada 3.30 pagi.

Menurutnya, ketika itu dia menunggang Honda Wave 100 bersama Johari manakala Nazrudin berseorangan menunggang Modenas CT100.

“Namun ketika dalam perjalanan, tayar motosikal Nazrudin secara tiba-tiba pancit berhampiran Melaka Sentral menyebabkan perjalanan kami tergendala,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang lagi rakan mereka di kampung mereka di Kampung Air Tawar, Merlimau bagi membawa tiub tayar untuk ditukar ganti.

“Namun kami sekali lagi ditimpa nasib malang apabila rakan yang membawa tiub tayar itu membawa tiub yang bocor,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Shahrizam berkata, disebabkan kesuntukan masa mereka terpaksa mencari altenatif paling cepat dan mudah kerana ingin sampai di rumah sebelum waktu Imsak.

“Ketika itulah Johari membuat keputusan untuk mengangkat motosikal Nazrudin yang rosak itu di belakang, manakala saya menunggang motosikal terbabit.

“Nazrudin pula menaiki motosikal seorang lagi rakan kami. Biarpun pada awalnya kedengaran agak mustahil, namun kami tekad untuk berbuat sedemikian,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perjalanan hampir 30 Kilometer itu, mereka terpaksa berhenti dua kali kerana berasa kebas dan lenguh.

“Saya yang menunggang pun sudah lenguh-lenguh badan inikan pula Johari yang terpaksa memegang motosikal di belakang,” katanya.

Sementara itu Johari ketika dihubungi menyifatkan tindakan mereka membawa motosikal dengan menaiki motosikal itu sebagai ‘kerja gila’ pernah dilakukan dalam hidupnya.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana tiada pilihan lain dapat difikirkan ketika itu, selain terpaksa bergegas ke rumah untuk bersahur.

“Sampai lenguh kedua-dua kaki sebab terpaksa memberi ruang kepada motosikal. Orang ramai yang menyaksikan gelagat kami pagi itu pun mungkin pelik melihat saya membawa motosikal dengan menggunakan motosikal,” katanya.

Johari berkata, dia juga tidak menyangka gambarnya mengangkat motosikal terbabit tular di laman sosial selepas ia dimuat naik di Facebook miliknya pada 5.20 pagi hari sama.

“Jika memikirkan balik, rasa lawak pun ada, namun pada saya itulah semangat setia kawan. Bukan hanya ada waktu senang semata-mata,” katanya.

sumber: hmetro



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbM4GF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Susah senang bersama…”

Itulah artikel “Susah senang bersama…” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Susah senang bersama…” dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/susah-senang-bersama_30.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Susah senang bersama…”"

Catat Ulasan

Loading...