Loading...

Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik

Loading...
Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik
link : Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik

Baca juga


Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik

NEW DELHI: Spekulasi kini heboh di Tamil Nadu mengenai kemungkinan bintang filem India Selatan, Rajinikanth menyertai dunia politik.

Seorang daripada bintang tersohor India, sememangnya Rajinikanth dipuja oleh jutaan peminat. Namun, kebelakangan ini setiap kata-kata beliau menarik perhatian sekiranya terdapat sebarang petunjuk sama ada pelakon berusia 66 tahun itu sesungguhnya akan menyertai dunia politik dan ramai ingin mengetahui parti politik yang bakal disertainya.

Persoalan utama adalah, mengapa Rajinikanth mahu menyertai politik? Hakikatnya, kemasyhuran beliau tidak tertanding dengan sesiapa juga malah tidak termampu diberikan oleh mana-mana status dalam politik.

Sekiranya menyertai politik, mungkinkah beliau dapat mengulangi kejayaan bekas-bekas ketua menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa dan, sebelum itu, M.G. Ramachandran? Kedua-duanya Jayalalithaa dan mentor beliau, Ramachandran adalah ikon skrin yang menjadi ahli politik.

Sejak kematian Jayalalithaa, 68 tahun, pada Disember tahun lepas, politik Tamil Nadu berada dalam keadaan tidak menentu di bawah pemerintahan All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) yang mana sedang menghadapi perebutan kuasa dalaman.

Sementara itu, parti saingan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) pula menegaskan bahawa tidak ada yang mampu menandingi pemimpin unggul seperti Jayalalithaa.

Bharatiya Janata Party (BJP) juga nampaknya berminat untuk mengeksploitasi situasi terkini untuk mengembangkan pengaruhnya di negeri itu, yang telah dikuasai oleh DMK dan AIADMK. Beberapa laporan media menjangkakan bahawa Rajinikanth mungkin menyertai BJP, walaupun beliau sendiri tidak memberikan sebarang petunjuk.

Apabila seorang wartawan televisyen bertanyakan Rajinikanth sama ada beliau akan menyertai politik, beliau hanya menjawab "tidak ada komen" dan berlalu.

Sekali lagi timbul persoalan, mengapa bintang terkemuka itu mahu menyertai BJP, yang tidak begitu popular dan agak terhad di Tamil Nadu. Hubungan peribadinya dengan Perdana Menteri Narendra Modi menggalakkan orang ramai agar memandang serius akan kemungkinan itu. Mungkinkah ada kepentingan lain yang lebih utama? Tiada siapa pun dapat menjangkakannya buat masa ini.

Bagaimanapun, komen umum Rajinikanth baru-baru ini memberikan satu petanda pasti bahawa sesuatu sedang berlaku.

Bercakap kepada para peminatnya, beliau memberitahu mereka supaya bersedia untuk menghadapi "peperangan", sepertimana titah raja-raja pada zaman silam.

"Apabila berlaku perang, mereka akan menyelamatkan tanah air mereka. Saya mempunyai profesyen sendiri, kerja, tugas dan begitu juga dengan anda. Kembali ke tempat masing-masing, lakukan tugas dan jaga kerjaya anda. Kita ada sama-sama menghadapi peperangan apabila ia berlaku," katanya, menurut laporan media tempatan.

Rajinikanth, yang berketurunan Marathi dan berasal dari negeri jiran Karnataka (Jayalalithaa juga berasal dari Karnataka), mengisytiharkan dirinya sebagai Tamil "tulen".

"Walaupun saya dari Karnataka, anda semua menerima saya dan anda telah menjadikan saya seorang Tamil. Saya seorang Tamil tulen sekarang," katanya kepada peminat.

Dalam politik India, identiti memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang ahli politik itu, jadi Rajinikanth aka Shivajirao Gaikwad, menganggap ianya penting untuk menyatakan perkara berkenaan.

Namun, ada yang tertanya-tanya jika sudah agak lewat untuk ikon pawagam itu menjadi seorang ahli politik. Sanjungan umum yang dinikmatinya selama ini mungkin tidak kekal sekiranya beliau dalam dunia politik; politik di India boleh menjadi suram.

Bermula sebagai konduktor bas di Karnataka sehinggalah menguasai dunia pawagam Tamil, perjalanan Rajinikanth sebagai pelakon menjadi bukti kejayaan bintang filem itu.

Dalam penghormatan terhadap status ikonik beliau, banyak pihak berkata perkara yang sebaliknya. Mereka mengatakan bahawa sebenarnya politik yang akan menyertai Rajinikanth!

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsvwfZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik

Itulah artikel Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/spekulasi-mengenai-peranan-bintang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Spekulasi mengenai peranan bintang filem tersohor Rajinikanth dalam politik"

Catat Ulasan

Loading...