Loading...

Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing

Loading...
Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing
link : Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing

Baca juga


Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing

KANOWIT: Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal teguh di kawasan Rajang, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.

Katanya ini kerana Najib memahami keperluan rakyat di kawasan itu dan khidmat beliau sangat dihargai mereka.

Bercakap pada sidang media selepas prapelancaran Jambatan Kanowit di sini hari ini, Masing berkata Najib, perdana menteri Malaysia keenam, telah membantu menghubungkan Kapit, sebuah pulau di dalam kepulauan Borneo, dengan kawasan lain.

Najib telah menjadikan harapan sebagai kenyataan dengan membenarkan sambungan dari Kanowit ke Kapit melalui pembinaan jalan Kanowit-Kapit.

"Jangan minta kami supaya tidak menghargai jasanya. Beliau adalah perdana menteri keenam dan membolehkan perkara ini menjadi kenyataan selepas 54 tahun (pembentukan Malaysia). Kami akan menyokong pemimpin yang faham dengan keperluan kami dan Najib memahaminya," katanya.

Masing menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya sokongan rakyat terhadap kerajaan dan Barisan Nasional dibalas dengan janji kosong.

Mengenai Jambatan Kanowit, iaitu sebahagian daripada projek pembinaan jalan Kanowit-Kapit, beliau berkata projek itu menjadi kenyataan kerana rakyat telah memilih wakil yang betul, yang sentiasa berusaha dan berhubung dengan pihak berkuasa.

Jambatan sepanjang 350 meter bernilai RM52 juta itu merupakan fasa pertama yang akan menghubungkan Kapit dengan dunia luar. Jambatan Katibas pula dijangka siap pada Julai ini manakala satu lagi laluan adalah Jalan Nanga Ngema-Nanga Temalat sepanjang 14 kilometer.

"Sebaik sahaja siap, kesemua laluan menghubungkan Kapit akan lengkap dan dari sini, anda boleh ke pekan itu dalam sejam setengah sahaja," katanya.

Kerja akhir untuk menyiapkan Jambatan Kanowit sedang dilaksanakan dan ia akan dibuka kepada orang ramai pada 27 Mei, beberapa hari sebelum sambutan Gawai.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKT8d3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing

Itulah artikel Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/sokongan-terhadap-pm-najib-kekal-utuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing"

Catat Ulasan

Loading...