Loading...

Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam

Loading...
Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam
link : Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam

Baca juga


Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam



ARKIB : 16/03/2005

Oleh Johari Shawal
 KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak kebangsaan bagaikan `tidak terurus' menjelang Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi bulan depan apabila sehingga kini senarai akhir nama pemain belum diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Malah pengurus pasukan ke Arab Saudi, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad melepaskan `jawatan sementara' itu pada saat akhir yang menjadikan keadaan tambah bercelaru.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menyerahkan senarai awal 35 pemain kepada MSN untuk pendaftaran awal bagi memudahkan pihak penganjur temasya di negara Arab itu menguruskan atlet kontinjen Malaysia.

Untuk senarai akhir, hanya 22 pemain sahaja boleh didaftarkan bagi pertandingan itu.

Bagaimanapun sehingga semalam, senarai akhir pemain belum diterima. Perkara itu dikatakan memeningkan MSN untuk menguruskan segala perkara termasuk mendapatkan visa untuk atlet dan pegawai.

Tarikh tutup untuk menyerahkan senarai akhir pemain ialah 8 Mac lalu.

``Kami tidak tahu bagaimana kedudukan pasukan bola sepak ini. Sekarang pula, Datuk Ibrahim tidak lagi jadi pengurus pasukan. Mereka nampak tidak terurus,'' kata seorang pegawai MSN yang enggan dikenali.

Dr. Ibrahim sudah melepaskan jawatan pengurus pasukan kebangsaan tetapi ketika ini beliau masih memangku jawatan itu sehingga FAM menemui penggantinya.

``Senarai pemain yang kita (MSN) ada masih lagi 35 orang sedangkan hanya 22 pemain sahaja boleh didaftarkan.

``Tarikh tutup pula sudah berlalu. Segala urusan termasuk mendapatkan visa sudah terlalu lewat,'' katanya.

Pegawai itu menambah, kelewatan pasukan bola sepak menyerahkan senarai akhir pemain menjejaskan pentadbiran MSN terhadap kontinjen negara selain menyusahkan penganjur di Arab Saudi.

Pengarah Persediaan Atlet Antarabangsa MSN, Ahmad Shapawi Ismail enggan mengulas ketika ditanya mengenai masalah itu.

``Sekarang tarikh akhir sudah lepas dan FAM masih belum hantar senarai, kata Ahmad Shapawi.

Kelewatan mungkin berkaitan dengan masalah beberapa persatuan negeri yang enggan melepaskan pemain mereka.

Baru-baru ini jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei `melenting' apabila persatuan negeri enggan melepaskan pemain yang disenaraikannya untuk ke temasya itu terutama pemain dari Perak dan Pahang.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2r7MmhC
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam

Itulah artikel Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/skuad-bola-tiada-pengurus-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad bola tiada pengurus -- Sukan Perpaduan Islam"

Catat Ulasan

Loading...